Thursday, October 16, 2008

Raya Yang Ala-ALa

Assalamualaikum…kepada pembaca2 blog aku ….Camne uols nyer raya…ok tak?? Well kepada yang mengharapkan aku akan berenti menulis, jangan terkejut ngan warkah terbaru aku ni…korang fikir senang2 ke aku nak berenti haa!!! Tapi aku boleh jamin yang akan ditulis dalam ni nanti tidak lah akan menyamai kecintaan blog terdahulu dan itu aku berani jamin..melainkan ada request @ citer PANAZZZSS.... Tapi apa yang pasti semua yang aku tulis ni dari dulu sampai lah sekarang dan pada hari2 yang mendatang semuanya benar belaka.

Aku rasa raya tahun ni kureng sikitla..jelas sangat2 kemeriahannya tak terasa seperti sebelumnya.. Ntahlah, mungkin sebab ekonomi yang masih dalam proses pembaikan selepas minyak naik mencanak-canak, turun pulak 10sen jer.. Budak2 pun tak ramai sangat yang datang beraya tahun ni kat umah aku, duit raya yang aku ngan ayah aku spend untuk sedekah kat budak2 pun banyak lagi balance, mungkin diorang ni sonok duk umah tengok astro kot, yelah pogram tv pun aku tengok best2 belaka... memang anti-klimaks raya..

Kawan2 aku pulak balik kg terbawak-bawak social life diorang ke kg.. Adus mak!!, nak cantik nyer pasal, sanggup ni cucuk silikon kat muka, bukan main runcing dagu sorang2. Riban2 jugak la abis.. Balik kg nak cover ngan parents, cakap doktor ketatkan pendakap gigi sampai effect ke dagu, boleh tak?? Tapi aku tak kisah asalkan uols pandai makan pandai simpan..tapi yang paling aku tak berkenan, boleh ting tong di malam raya.. Demo loni dok supo mulo..

Tapi aku rasa yang paling spoil sekali, raya kedua mak ngan ayah aku masuk hospital, sehari suntuk aku duk hospital settlekan hal2 kemasukkan parent aku dalam wad. Mak aku lemah badan, sebab seminggu sebelum raya doc cakap darah dia terlalu pekat, dan dia diberi ubat pencair darah...Pastu darah dia keluar dari rongga2 sebab terlalu cair la pulak, sebab tu la badan dia lemah, masuk hospital dalam 4 beg darah masuk dalam badan dia..sian mak aku. Ayah aku plak mulanya just nak hantar mak aku jer, sebab dah terlalu lama menunggu, dia pun tak sihat sangat, terus jumpa doc dan terus kena tahan..masuk ccu lagi, wad khas untuk pesakit jantung.. Mak aku sempat 3 malam Ayah aku plak dalam seminggu jugaklah dalam hospital..Aku ingat lagi doc yang merawat ayah aku cakap yang kami dah terlambat hantar dia ke hospital. Memanglah sebelum ni dia ada mengadu sakit dada, tapi takdelah kami syak masalah jantung. Whateverpun aku tetap harapkan yang terbaik untuk Mak dan Ayah aku.. Masa aku balik Shah Alam, ayah masih dalam hospital..

No comments: