Friday, May 30, 2008

Aku Dapat Laptop Baru!

Semalam member aku bagi laptop Acer baru kat aku..best giler, tapi dengan syarat2 tertentu la of course!..tapi tak kisah sebab dah dapat laptop tu macam2 aku boleh buat.. Dan semalam aku keluar ngan member aku lagi sorang-cuba teka siapa?....pandai! haruslah Jika Malika Mallorca a.k.a MAW stand for M** A*** W******.. Hanya aku dan kenalan rapat jer yang tahu apa makna MAW tu..jangan mare! Ada ke dia nak argue ngan aku pasal American Idol - kenapa David Cook yang menang dan bukan Archie.( serupa jer ngan Kak Anis )"Archie's biggest fan". Dari awal lagi tahu akan kalah tetap nak argue jugak, amik ko kena belanja makan..Dan dalam argue tu sempat pulak bluetooth video David Cook itupun sebab aku yang request..To Wong Foo Thanks For Everything - Julie Newmar.

Monday, May 26, 2008

Bahana Darah Manis..huhuhu....


Malam semalam tanggal 26 May 2008, satu kemalangan kecil berlaku melibatkan sebuah kereta Kelisa s.e ngan sebuah Myvi yang jugak s.e..di bulatan Masjid Shah Alam. Dimana Kelisa bewarna biru telah menghentam belakang Myvi setelah kedua-dua kereta tersebut brek mengejut. Aishah bukan nama sebenar cakap ngan aku masa kejadian dia terbayang muka bapak dia kat kg, aku pulak terbayang signboard "Nafi Workshop".. Workshop Abg Nafi leader aku dalam bisnes Insuran MAA.. Sebab kejadian ini berlaku selepas tamat kelas insuran dimana dalam kelas tu, Abg Nafi ada mention about his Workshop yang telah di wakafkan kepada pekerja dia sendiri, dan sekarang workshop tu semakin maju.


Tapi memang semalam cam mimpi jer sebab aishah yang langgar belakang orang, selalunya dia yang kena langgar..Tapi semalam memang dia merapu dari awal lagi.. Banyak masalah kot! yelah orang yang baru jer melayang Rm400 untuk kad kawin, fikir pasal duit nak wat pelamin lagi, windscreen yang crack tak berganti lagi, loan ptptn yang dah lama tak bayar, budak umah wat perangai lagi, bos pulak cam hantu etc etc..


Mujur la semalam satu kroni MAA datang membantu termasuk tuan empunya Nafi Workshop Hanafiah @ Abg Nafi..kalau dibiarkan aku ngan aishah jer memang tak settle masalah rasanya..

aku dah kayu aishah pulak tengah paranoid..bincang punya bincang, mereka pun mintak Rm170 dan settle macam tu jer tanak report takut berpanjangan sampai jadi kes polis sebab nanti makin teruk jadinya..tak pasal2 aku kena hantar aishah balik rumah dia dan aku bawak balik keta dia kerumah aku sebab aishah dah tak boleh berfikir secara waras buat masa tu. Kesian...

Persoalannya sekarang adakah ianya kebetulan atau Bahana Darah Manis..sebab orang dulu2 sering menyebut masa darah manis nilah kita kena berjaga-jaga kerana kemalangan sering berlaku..Tapi sebagai umat Islam kita kena sentiasa redha dengan Qada' & Qadar baru hidup diberkati..Salammm...

MOU MSU & ITB


Pagi tadi memang pagi yang memenatkan sebab ada event mou pulak antara msu ngan Institut Teknologi Bandung.. Dari mula masuk keje memang dah start kena bawak barang2 naik ke G01, set up segala prop yang dikehendaki.. Masa pasang alas meja timbul pulak masalah kain kedut la pulak, ada kesan lipatan2 yang akan confirm membuatkan datin mengamuk tak hingat.. Dalam kelam kabut tu, adalah pulak idea untuk amik iron kat umah Thalathiah..yang jadi mangsanya aku jugak. Nak tanak terpaksala aku gagahi jua pinjam keta En.Ahmad gi ke rumah Thalatiah amik iron dia...dah settle sume kerja...function pun start la.. dah la sejuk tak hingat dalam bilik tu, aku pun terpaksa la menahan dah la gabra sebab nak tanya soalan lagi.. Orang indonesia tu ada 2 orang satu yang bercakap satu lagi amik gambar satu..Tapi tengah sedap2 aku duduk dalam kesejukan tu, bos aku pulak panggil untuk amik gambar sebab nak masukkan kedua-dua sekali dalam satu gambar.. Dahla disuruh aku jadi reporter tak pasal2 pecah lobang sebab dia kenal aku sebagai staff dia dalam msu ni. Nak tanak terpaksa la.. mujurla aku ni pandai pegang kamera, kira puas hatilah orang indon tu tengok gambar dia nanti.. tak gitu bapak2 sekalian.. maafin ku yuk sekiranya gambar yang gue rakam enggak menepati ciri2 yang dipinggini.. Seharusnya kalian ambil saja gambar yang dirakam oleh juru foto kami..


Dah lepas selesai tandatangan semua mou tu adalah pulak sesi temuramah yang mana aku ditugaskan untuk menanyakan soalan kepada wakil2 ITB ngan MSU..Mujurlah En Ahmad ada takdelah aku yang kena tanya dulu..sampai jer turn aku bertanya, boleh ter crack suara aku di permualaan ayat tapi sempat cover sampai ke penghujung soalan,, kira okla.. Respone yang diterima pun not bad la, kira harapan yang diharapkan untuk collaboration ini diterima dengan baik dan panjang lebar. done

Friday, May 23, 2008

What a Wonderfull Saturday


Sabtu 24 mei 08'..Aku masuk kerja cam biasa, tapi lambat sikit sebab berenti sekejap beli nasi lemak kat seksyen 9.. Tapi satu kejutan berlaku....jengjengjeng...makcik yang selalu berniaga tu dah berganti orang..tapi makanan tetap maintain menarik dan menyelerakan. Aku dah tahu pasti lambat punyer tapi dah sampai pastu dah berdiri terconggok kat depan tu takkan nak blah plak kan dan dah tunggu orang2 yang terdahulu oder dan leave yang sememangnya banyak kerenah tanak tu la, nak sambal asing la..tanak kacang la, menyampah.

aku pun rembat la nasi lemak paru dan telur dadar...dari tadi aku perasan makcik tu kekurangan duit kecik sebab merah ngan biru jer aku nampak warna dalam bekas duit dia.. aku dengan rasa bersalah kalau aku bagi duit yang jugak bewarna merah pasti dia tak keruan sebab tiada duit kecik, jadi aku pun mintak dibungkuskan seketul ayam goreng yang memang menambat hati hati aku dari tadi.. So semuanya rm 5.00!! Aku dah lambat masuk ofis ni, tapi aku baru teringat yang boss aku hari ni cuti sebab dia pindah rumah baru, so aku boleh makan dengan aman tanpa was-was, walaupun diperhatikan oleh pengetua msu kids ngan assist dia. Dan yang best sekali balik kul 1. Pastu balik main ps2.
Chow Bella!


David Cook




Salam, kengkawan aku baru jer nak mula menulis semula sejak sekian lama, sebab aku tak dapat nak akses web ni. lagipun aku kan baru jer tukar deparment so nak sesuaikan diri tu lambat sikit.. Kalau korang nak tahu dalam sebulan dua ni aku gila tengok American Idol.. paling aku minat David Cook bartender dari Blue Springs, Missouri. Pada awal aku lebih kepada Michael Johns sebab masa dalam pencarian top 24, dia paling menyerlah..pastu dalam minggu top 16 masa tu theme 1980s, David cook nyanyi lagu Hello dari Lionel Richie..best giler, ikut susunan sendiri dan aku rasa lagu tu lebih sedap dari penyanyi asal dia..bayangkan lagu slow ballads dia ubah jadi 'emo'rock yang mana starting dia pun dah sedap ditambah pulak dengan high notes masa tengah dan akhir ngan slow touching emotion...perghh...memang best, sampai aku suruh member aku download video klip tu dan sampai sekarang aku tak jemu2 tengok.. Sejak dari tu setiap kali the show was on, the one i waiting most is David Cook.. Banyak lagi lagu yang dia bawak best nak mampus better dari original singer, cam lagu billie jeans dari michael jackson dia balladsrock kan sampai orang tak tahu camna bunyi lagu asal.. Simoon Cowell later said in an interview with Entertainment Weekly that the performance "was in a different league to anything we've heard on the season so far," Dan yang paling aku kagum masa dia nyanyi lagu Always Be My Baby dari Mariah Carey.. Sampai dia terpaksa buat studio nyer rakaman dan be the most hit single had been download kat america waktu tu.. Masa dia nyanyi live tu, kebetulan abang dia Adam which had a brain cancer datang tengok persembahan dia dan lepas jer dengar komen yang paling memberangsangkan dari juri, dia terus menengis sebab dia memang tujukan lagu tu untuk abang dia..dan dari situ semua orang termasuk aku sedar yang dialah salah satu peserta yang paling ikhlas dan some call original in every show.. he has also been wearing an orange wristband to support a 7-year-old fan, Lindsey Rose, with leukemia. Such a sweet person. Last tuesday Cook was declared the winner of American Idol season 7 on May 21, 2008, receiving 56% of the votes and beating runner-up David Archuleta by 12 million votes. Cook then sang "The Time of My Life", the winning song of the 2008 American Idol Songwriter's Competition, which will also be Cook's first single.

Hope to see more of David Cook soon.