Thursday, October 30, 2008

HOM ( House Of Matahati )




Malam semalam aku hadiri satu opening painting solo show kat Ampang, memang menarik sangat2 art yang di pamerkan. Show tu adalah hasil dari seorang pelukis muda yang sangat berbakat. Kebanyakkan paiting beliau telah dibeli oleh art collector yang telah datang sehari sebelum opening ni. Cuba korang bayangkan, harga sekeping paiting dalam rm 3500, dalam show tu ada lebih kurang 30 painting, kalau terjual 20 keping dah dapat rm 70 k. Semalam pun dah terjual lebih 15 painting..kaya beb, mujurla aku tak kenal sangat budak tu, kalau tidak boleh aku pinjam sikit nak bayar muka kereta.
Aku dah lama tak menghadirkan diri dalam majlis macam ni, kekok sikit nak bercakap ngan orang2 art ni. Lebih2 lagi ngan artis yang memang dah ada nama bukan saja dalam negara malah luar negara cam Jailani Hassan, Imuda, Pyan Habib, Sani Sudin, Bayu Utomo (laki Norzizi Zulkifli)..
Mujur la ramai member UiTM yang datang, takdelah aku mati kutu. Kebanyakkannya dah berjaya dalam hidup, macam2 citer aku dapat. Ada yang dah kawin, beranak, cerai, kawin lari, laki lari, macam2. Tapi masa aku on the way ke show tu, aku dapat panggilan dari member tempat kerja yang tahu aku excident selasa lepas. Dia shock sebab dengan kaki aku yang berbalut ni pun, gagahi jua keluar malam..well aku ingat lagi pesan mak aku, masa majlis tahlil arwah ayah, ” Chik, walauapapun yang berlaku hidup perlu diteruskan”, so tak salah la tindakan aku kan??? I Love U So So Mom.

Redha 2

Aduss sakitnya kaki aku, Tuhan ngan aku jer tahu.. Lepas balik dari kerja semalam aku terlibat dengan satu kecelakaan jalan raya. Sebuah wira merah dengan tidak semena-mena keluar dari simpang dan terus melanggar aku.. Dah la masa tu orang memang ramai sebab kes tu betul2 di depan pasar malam..Aduss sekali lagi malu giler Masa kena langgar tu tak rasa lagi sakitnya, dah sampai umah member aku, baru terasa pedihnya... Orang yang langgar aku tu plak student UiTM, pompuan 2 orang.. Yang tukang langgar tu namanya Ain, takla cantik mana muka cam cina, member dia tu cun sebab masa lepas langgar aku, si Ain tu gi park keta, so member dia la yang entertain aku. ”abang ok, luka teruk tak, nak gi klinik?” Tapi aku yakin budak2 tu mesti anak orang kaya sebab cam tak kisah je nak kuarkan duit.. Takpe!!! siap ko akan ku jual jua max wanita kat uols. Tapi sekarang aku terpaksa menangung kesengalan di pergelangan kaki kiri aku sambil nak ricci raga motor baru.
Dahla aku masih dalam griveness atas pemergian ayahanda tercinta...Tapi itu semua ketentuan dari yang maha kuasa, Aku Redha
Inalillahhiwainailahirojiun.

Monday, October 27, 2008

In Memory


Pada 19 Oktober 2008, bersamaan 19 Syawal 1429 H, tepat jam 3 petang, aku mendapat panggilan dari Kakak aku yang menyatakan bahawa Ayah aku yang tersayang telah pergi untuk selamanya.. Memang aku tak menjangka langsung, sedih memang tak dapat nak cakap, sebak sungguh dada aku masa tu. Mujurlah masa aku dapat panggilan tu aku sorang2.. Dari lelehan air mata yang sunyi sebab terkejut sampailah satu tahap aku tak dapat lagi menahan sampai meraung giler2..itulah tangisan aku yang maha ikhlas setelah sekian lama aku tak menangis sejak masuk sekolah menengah. Masa on the way balik kg tu lagi la teruk, satu-persatu memori ngan ayah aku enter frame dalam otak aku.. Subahanallah aku rasa cam nak menjerit kuat2, tapi masa tu aku tumpang kakak aku, so terpaksalah cover ngan bantal yang ada dalam keta dia tu.. Abis lencun bantal tu dikerjakan oleh air mata aku..
Aku sampai umah jer, orang dah ramai, terus aku meluru ke jenazah ayah...... Aku tengok muka ayah tenang jer, aku pun kembali tenang..Aku sedekahkan Yasin pada ayah aku... Ayah aku dikebumikan pada keesokkannya sebab nak menunggu anak2 sume. Masa mandikan jenazah ayah, aku betul2 tersentuh, tengok ayah kaku tak bergerak Tapi ku gagahi jua..Siap kafan, semua sanak saudara berkumpul untuk tatapan terakhir.. Masa ni lah aku lihat semua orang tak kira dari Wan, Mak, Kakak2, Abang2, Anak Buah aku semuanya merah mata, mana boleh tahan beb aku pun tak semena-mena mengalirkan air mata...siap semua dah kucup dahi ayah yang sejuk, kami menghantar ke tanah perkuburan Kg Chengal, ala satu tapak ngan Sudirman.. Mulanya aku nak masuk tapi adalah Ayah nyer sedara masuk jugak, so aku just hulur dari atas jer.. Abang aku yang tinggal 3 orang tu jer masuk sekali...takpelah sebab semuanya sempurna dan takde perkara yang tak elok berlaku...

3 malam kenduri arwah kami buat, mujur lah semuanya dah tua2 belaka, jadi semuanya bole diharap.. Aku pulak ditugaskan untuk menyettelkan hal2 sijil, estet2, factory2 tinggalan ayah untuk diserahkan semuanya kepada Hjh Ramelah Bt Ma’ali, mak aku daaa.. Terkejut badak aku, ayah aku nyer duit banyak tak hingattt. Bayangkan Ayah ngan Mak aku setiap sorang ada 6 buku bank, purata amaun akhir yang telah di updated bagi setiap akaun, mencecah belasan riban bai...jadi ibu tunggal kaya mak aku.. Wan aku pun taknak mengalah, tetap nak tunjuk aset dia, aku pun shoking sangat2, simpanan dia boleh beli Vios cash...Perghh...

Kepada Ayah moga tenang bersemadi di sana..Ya Allah tempatkan Ayah di samping orang2 yang beriman.

Al -Fatihah

Hj Mohamed Bin Pilus
21/9/1927 - 19/10/2008

Thursday, October 16, 2008

Raya Yang Ala-ALa

Assalamualaikum…kepada pembaca2 blog aku ….Camne uols nyer raya…ok tak?? Well kepada yang mengharapkan aku akan berenti menulis, jangan terkejut ngan warkah terbaru aku ni…korang fikir senang2 ke aku nak berenti haa!!! Tapi aku boleh jamin yang akan ditulis dalam ni nanti tidak lah akan menyamai kecintaan blog terdahulu dan itu aku berani jamin..melainkan ada request @ citer PANAZZZSS.... Tapi apa yang pasti semua yang aku tulis ni dari dulu sampai lah sekarang dan pada hari2 yang mendatang semuanya benar belaka.

Aku rasa raya tahun ni kureng sikitla..jelas sangat2 kemeriahannya tak terasa seperti sebelumnya.. Ntahlah, mungkin sebab ekonomi yang masih dalam proses pembaikan selepas minyak naik mencanak-canak, turun pulak 10sen jer.. Budak2 pun tak ramai sangat yang datang beraya tahun ni kat umah aku, duit raya yang aku ngan ayah aku spend untuk sedekah kat budak2 pun banyak lagi balance, mungkin diorang ni sonok duk umah tengok astro kot, yelah pogram tv pun aku tengok best2 belaka... memang anti-klimaks raya..

Kawan2 aku pulak balik kg terbawak-bawak social life diorang ke kg.. Adus mak!!, nak cantik nyer pasal, sanggup ni cucuk silikon kat muka, bukan main runcing dagu sorang2. Riban2 jugak la abis.. Balik kg nak cover ngan parents, cakap doktor ketatkan pendakap gigi sampai effect ke dagu, boleh tak?? Tapi aku tak kisah asalkan uols pandai makan pandai simpan..tapi yang paling aku tak berkenan, boleh ting tong di malam raya.. Demo loni dok supo mulo..

Tapi aku rasa yang paling spoil sekali, raya kedua mak ngan ayah aku masuk hospital, sehari suntuk aku duk hospital settlekan hal2 kemasukkan parent aku dalam wad. Mak aku lemah badan, sebab seminggu sebelum raya doc cakap darah dia terlalu pekat, dan dia diberi ubat pencair darah...Pastu darah dia keluar dari rongga2 sebab terlalu cair la pulak, sebab tu la badan dia lemah, masuk hospital dalam 4 beg darah masuk dalam badan dia..sian mak aku. Ayah aku plak mulanya just nak hantar mak aku jer, sebab dah terlalu lama menunggu, dia pun tak sihat sangat, terus jumpa doc dan terus kena tahan..masuk ccu lagi, wad khas untuk pesakit jantung.. Mak aku sempat 3 malam Ayah aku plak dalam seminggu jugaklah dalam hospital..Aku ingat lagi doc yang merawat ayah aku cakap yang kami dah terlambat hantar dia ke hospital. Memanglah sebelum ni dia ada mengadu sakit dada, tapi takdelah kami syak masalah jantung. Whateverpun aku tetap harapkan yang terbaik untuk Mak dan Ayah aku.. Masa aku balik Shah Alam, ayah masih dalam hospital..

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Salam kepada semua, sejak aku menulis di dalam blog ni banyak sangat aku kutuk orang dan mungkin ramai yang terasa..Yelah aku ni bukan jenis suka bercakap, cuma dengan menulis jer aku boleh luahkan segala macam yang terpendam di dalam hati aku ni.. Pada aku blog adalah salah satu cara terbaik kita bertukar pendapat sesama kawan2 yang jauh atau dekat..dan untuk mengekalkan memori kehidupan seharian kita. Kepada mereka yang terasa hati secara langsung atau tidak,aku dengan ikhlas meminta maaf lebih2 lagi dah nak masuk bulan Syawal ni..manusia mana yang tak buat silap, aku sendiri tak terlepas dari melakukan kemungkaran..aku jugak manusia biasa seperti Hatta Dolmat yang mengutuk Ning Baizura, Jovian Mandhagi yang mengutuk Linda Onn, Paris Hilton kutuk Victoria Beckham, Penduduk dunia kutuk Bush, Raja Petra kutuk Kerajaan, PBB mengutuk serangan berdarah di seluruh dunia, Umat Islam di Malaysia kutuk Teressa Kok. Aku jugak tak terlepas dari kutukan orang sekeliling, yang pasti aku masih boleh meneruskan kehidupan aku kerana sehingga ke hari ini. Kerana walau sebaik manapun manusia walaupun yang bernama sahabat, tetap ada sekelumit perasaan hasad dengki yang merupakan fitrah bagi setiap manusia..

Aku sekali lagi ingin meminta Maaf Zahir & Batin diatas artikel2 aku yang menggangu ketenteraman semua..dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008..

Mungkin ini artikel terakhir aku kot, sebab aku dah tanak wat dosa lagi.....

Monday, September 22, 2008

Semalam Di Monterez.....

Aku mulanya tanak highlight kan event berbuka kat Monterez ni, tapi dah ramai sangat nak tahu, so aku berbesar hati, cekalkan semangat untuk menulis juak sitok!! Well kalau nak ikutkan warga C&C + Corp.Comm memang ramai, tapi dah memang perangai sorang2 yang ikut kepala sendiri di campur pulak ngan fees yang harus dikeluarkan, so ramai lah yang tewas dek bayaran yang tidak setimpal ngan apa yang akan dimakan kelak..so yang kekal tak sampai 35%.. Lokasinya di kelab golf, menu utama kambing panggang..(sebab menatang tu la yang nampak dulu).. Dewan yang dibuka pun tak lah besar mana, cukup2 jer. 2 meja ditempah khas, betul2 depan stage keroncong.
Tapi bagi pendapat aku, rasa makanan kat situ tak la sedap sangat just average jer.. Boss aku pun cakap macam tu, tak berapa best sangat.. Tapi hari tu jugak aku di perkotak katikkan untuk mengambil gambar...ntah hapa2 diorang ni, makan pun nak bergambar..Nak jaga air muka boss nyer pasal, terpaksala..amik jer.. Yang aku tak tahan tu, sume orang tahu yang aku ni Gout carrier, dandan tu la concern ala2 malaikat, jangan makan udang la, jangan makan daging la, nanti kaki bengkak...haikk tuihh...i don’t want to waste my rm45 just because i cannot eat all the foods...nonsense... ko fikir aku ni kaya sangat ke bayar mahal2 untuk makan nasi ngan ayam jer...Aku tak tahu atas sebab apa mereka pilih untuk berbuka kat sini??? Lebih baik berbuka kat hotel yang harganya 2x5 dan lebih terkenal dan ada kelasss gituu.. Masa makan tu adalah pulak sesi karaoke yang mana membei peluang kepada penjamu2 untuk menyanyi bersama live band kat situ..Dan dari group kami yang terpilih jengjengjeng....orang kanan boss, Ahmad Ibrahim...bukan main lagi berkorbulasi ngan awek keroncong yang cun jugak la.. Malam tu En. Ahmad telah bertukar menjadi Brory Marantika, tapi yang kurang syoknya suara tak keluar sangat, jauh berbeza dengan nada tinggi masa jawab call...boleh tak??? Mungkin sebab perut penuh kot, suara pun tersekat-sekat..tapi tetap dapat applause ngan bunga plastik siap ngan pasunya sekali. Tapi aku tetap terkilan tak dapat tengok (sebab dah balik) orang yang dah penuh perutnya tapi tetap bawak tupperware, tapau makanan untuk di bawa pulang..memang tak boleh diterima...pada sesiapa yang berkenaan, bawak2 lah bertaubat, ko fikir majlis tu pot luck kat department ko ker???? Tapi cuba korang bayangkan kalau la dikumpul rm5, pastu gi pasar ramadan..banyak tu bole beli...mau 2 hari kembung perut..apa2 pun boss nyer pasal kita just LAYANNNN...Sebenarnya enjoy jugak..bukan selalu kan!!

Friday, September 12, 2008

Penataran Ilmu.

Pagi tadi kami semua berkumpul di theater hall untuk sesi penataran ilmu.. Pensyarah jemputan masih setia Dr Hj Juanda Jaya, timbalan mufti negeri Sarawak. Tajuk ceramah yang di perkatakan memang cukup menarik dan aku tak tido langsung di sepanjang ceramah tu, 'amazing' kan!!!
Pastu aku ngan Ina yang dulu nak jadi artis tapi tak dapat sebab selebet tersentap ngan satu Ayat yang dikeluarkan di slaid yang berbunyi :

Kata Ja'far al-siddiq : "jauhilah teman yang derhaka kepada ibubapa kerana Allah melaknat dia, jauhilah ahli maksiat kerana ia berjangkit, jauhilah penipu kerana dia menjauhkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh.

Ertinya: Kalau ada member yang menderhaka kepada ibubapa, harap jangan kawan ngan dia, tak pun kalau boleh tolong nasihatkan dia, takdenya nak dapat bau syurga kalau perangai dah macam tu, kalau dah degil jugak ramai2 pulaukan dia abis citer. Jangan berkawan ngan member yang sentiasa berbuat maksiat kerana maksiat tu sendiri akan berjangkit ngan kita, yelah seronok kan tengok member buat maksiat, kita pun teringin jugak, tapi tulah nanti kita yang buat maksiat siapa nak jawab tu, kalau terlanjur dan termengandung makbapak korang jugak yang susah.. siapa yang malu korang ngan keluarga korang jugak...Dan kalau kita kawan ngan member yang suka sangat menipu, kita akan dekat ngan orang2 yang bermulut jahat yang sentiasa menipu dan jauh dari orang2 yang baik..yelah, dah orang yang suka menipu ni kawan dia memang ramai yang suka menipu jugak, kira ada sparing partner la tak gitu !! amacam, ada yang terasa tak, korang kalau ada ciri2 yang disebut, bawak2lah bertaubat, besar dosanya kalau diteruskan..dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha penyayang.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Muncul lagi



Assalamualaikum…….
Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, aku menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran perkataan dan perbuatan yang menyinggung hati serta perasaan. Halalkan juga segala makan dan minum aku selama ini. Semoga puasa kita diberkati oleh Allah s.w.t, insya-Allah.

RamadhanMubarak!
SelamatDatangBulanRamadhan..........

Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,

apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
"Selamat Berpuasa kepada semua"...


Wassalam

Thursday, August 28, 2008

Pakej Fotografi untuk majlis Perkahwinan


Member aku seorang photographer dan ni contoh 'artwork' dia. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat dia, hubungi 017-2240595 En.Azrai
Pakej yang disediakan : rm 1600 including 20 keping 8x12 inci with storyboard album
4 r 100 keping dengan album.
softcopy dalam bentuk printed cd.

Monday, August 11, 2008

Mak aiii....nak wat laser tu !!!

Wah shocking2x... Tok bomoh nak wat laser treatment kat muka dia, tak menahan !!! Nak jadikan cerita, muka dia berparut sebab mengelupas selepas 3 hari berturut2 pakai make-up..well kawin kan, harus nak canteque...yela lepas pakai make-up, orang selalunya guna toner or cuci ngan pencuci muka kan, tapi dah terlalu cerdik sangat2, bole gi sagat ngan sabut kelapa apa citer kira nak dapatkan effect natural la, (rekaan semata2 saja nak sedapkan ayat). Tapi mujurlah ada khidmat nasihat dari Adriana yang menyatakan bahawa laser treatment tu mahal dan selepas tu penjagaan yang lebih rapi sangat2 diperlukan, sehinggakan pancaran matahari tak boleh kena secara direct ke bahagian kulit yang dibuat laser tu..
Aku rasa, masalah ni kecik jer, sebab benda2 macam tu perkara biasa kepada orang yang tak pernah @ jarang pakai make-up, dan tiba2 pakai make-up yang tak hingat nyer tebal atas alasan untuk kelihatan menarik dihari perkahwinan dan di atas pelamin yang mana dianggap syirik bagi sesetengah orang...well tepuk dada tanya selera, kalau korang rasa tindakan melaserkan permukaan muka bagi menghilangkan parut demi kecantikan dengan berhabis ratusan ringgit, i think much2 better korang beri aku duit yang mana akan aku invest kan duit korang semua agar bertambah dan memberikan jaminan yang mana tidak ada orang yang sanggup jamin even doktor yang akan membuat pemanasan melalui cahaya keatas muka korang yang tidak tentu akan jadi cantik atau lebih huduh dari kebiasaan..yang pasti kalau dengan aku, duit korang selamat malah bertambah saban tahun dan mendapat pulangan yang tinggi..
Whateverpun itu korang nyer duit, buatlah apa yang korang rasa berbaloi..
kepada Abg Napi yang telah berjaya membuka blog - hanafijourney.blogspot.com welcome dan dengan ini sebarang kemusykilan dapat kita terjemahkan di blog masing2..suksess2x
SALAM

Tuesday, August 5, 2008

Rokok vs Ubat selsema

Aku dapat tahu satu rahsia merokok yang pasti akan membuatkan korang khayal.. Tahu tak ubat yang kita guna untuk sumbat dalam hidung masa selsema tu..bentuk dia cam tampon tu..ala baru rm3.60. Ok mula2 korang masukkan ke dalam idung & sedut ubat selsema sampai berangin satu kepala, pastu hisap rokok-tarik dalam2 then masa tu korang akan terasa perghh....cam melayang-layang,,lebih best dari pot, lebih masyuk dari hisap gam..try la..layan nyer!! Tapi kalau terjadi apa2 kat korang aku tak berani tanggung melainkan korang amik insuran ngan aku...

Wednesday, July 30, 2008

Wedding of the Year




Tok Bomoh ni nak wat sejarah kot buat majlis Wedding Of The Year, almaklumlah kawin ngan world champion..1st ranking dalam lawn ball world federation..bangga aku. Tapi memang tahun ni bertalu-talu member aku kawin, mula ngan Sue & Yunos pastu Huda & Radzi (the very first/same day that I get gout) then my cubicle neighbor Hazli yang angkat Zana as his wife pastu the Bomoh & Safuan yang sedang menghitung hari to get to the pure holy marriage altar..Well to all my beloved fren, wish u all the very best happiness, joy and success along the way to the families lives..now I just want to wait & see, which one of u get the baby first, then all together sent ur jr to the msu’kids..hahaha… well attched here the invitation card to Aishah wedding..

Tuesday, July 29, 2008

Adusss….Gout Strike Again!!!

Kalau korang nak tahu, aku cuti semalam sebab kaki aku bengkak balik, satu malam aku tak tido gara2 menanggung sakit yang out of this world.nak nangis tak keluar air mata nak menjerit takut orang sebelah fikir macam2. Nak tanak terpaksalah pendam kan jer..
Sengsara beb!!...Sekarang baru aku tahu, semuanya datang dari sushi yang aku beli dari carefour malam ahad lepas, sebab lepas balik kerumah dari makan malam terakhir as a dara budak sorang ni (tok bomoh), terus hujung kaki aku berdenyut-denyut, membengkak..bukan lagi merah cam biasa, tapi dah bertukar lebam..aku sendiri tengok pun ngeri beb!....memang sakit giler... Then aku teringat, masa mula2 aku kena gout ni pun lepas aku makan menatang sushi ni..so all this time the thing that bought me into this matter is the SUSHI..damn….
With the little cute wrapping plastic I can’t never though it came along the greatest suffer of my life. From now on, I will never look the sushi as same as before…nak sembahyang pun susah dah macam orang cacat jer..ntahlah….awal2 pagi org gi keje aku keluar gi cari klinik untuk menghilangka rasa sakit yang amat sangat ni….aku pun gi la klinik kat seksyen 7 shah alam..klinik Dr Azlifah, baik doctor nya..banyak maklumat yang aku dapat tak macam razana yang tah hapa2 komen pasal aku, pastu cakap macam dalam kelambu, ya ampun tak dengar langsung… ada ke aku sakit kaki dia bagi ubat batuk, cam nak habiskan stok ubat lama jer… entahlah dia doctor nak lawan cakap kang dapat ubat expire..nak tanak ikut kan jer…Tapi dengar citer Razana tu nak kena sacks dari msu.. hopefully la so so !!!! Satu jer yang best pasal razana which is cara suntikan dia lembut dan unpainfull..Well it’s all base from my experience..now i had to get away from protein, kekacang, daging merah and lovely seafoods..mujur lah ayam daging putih...

Friday, July 18, 2008

Debat Perdana

Don’t be fool by last few sentense by the Minister that only today’s BN allow opposition to talk! This is not a give from BN , this is the responbility as a government to prepare a fair media!

May be Anwar is “wrong” when he is DPM , I am sure today he will agree with tok guru Nik Aziz that agree to give media platform to opposition if PR formed government. Tok Guru said :

“Bila kami memerintah, kimi memerintah atas benar! Bila kita bercakap benar, mana boleh orang kirtik kita,mereka tak ada modal!

Hujah dengan fakta mengkucar kacir kan Dtk Sabree.Kesian saya melihat Dtk Sabree menepis fakta-fakta yg dikemukakan.Saya tengok berbuih aja mulut dtk sabree.Tak buat h.work ke? Kejap2x serang p.badi orang.Kenapa moderator tak tegur.Out of topic lah.

Walau apa pun Dtk Seri memang org yang pro.X mudah melayan kerenah dtk sabree.

How can MALAYSIA GOV recruit such minister??? Waste tax payer $$ to have such minister. Doesn’t even do his homework before going for debate. Haha…he looked like a FOOL man!! I bet if PM or DPM will do the same. They are such a coward for not attending the debate!! How can they lead the country???????????? Just not willing to accept defeat. I notice ever since the poor election results they seems like don’t really care and do nothing!! Funny part the UMNO top two post cannot be contested. Just like the South Africa leader…election only HE, HIMSELF and HIM, no one else?!! STupid craps!!

So poor thing after the debate the gov just not too happy and capture Anwar for stupid reason. Who on earth will believe such accusation? Only the PM & DPM opps..plus their ministers (dumbo ppl). So obvious that the gov is very UNFAIR and not allowing the public to voice or speak?!! WHere is the FREEDOM being a malaysian?? Must as well be a communist country no one can speak accept the gov. Eeww…just getting more dislike the gov each day when i read the news. Sickening gov.

I am pretty sure that the next election BN will straight go down the drain or toilet bowl. Hopeless case!!

Thursday, July 17, 2008

Dan Bunga Berguguran !!!

Akhirnya...budak data entry yang baru jer 3 bulan kerja kat sini, berenti jua... Setelah sekian lama di seksa ngan fail2 yang outstanding nyer banyak, bos kecik yang tak berhati perut, dan gaji yang tak mungkin dapat bertahan untuk lebih 5 hari. Apa2 pun memang dalam sejarah, setelah dia beri jer resign letter, terus dia di arahkan keluar dari bangunan tu, dah macam org pecah amanah sambil dia diawasi ketika mengemaskan meja, takut2 kalau terambil harta syarikat...kejam kan..itu satu penghinaan yang memang tak boleh diterima oleh senat..yelah nak wat camne, kita ni kuli jer dia tu bos..ceritanya lagi..tapi aku rasa budak tu tertekan kot sebab kalau macam aku dulu sebab ada leader yang baik sangat - To Kak Liza thanks for everything
my heart goes to you and your family..so sad

Sunday, July 13, 2008

Aku Kerja ari ni..Ahad..

Alamak, aku kerja arini... korang tau tak ari ni hari ahad...tu jer yang aku nak bagi tahu...chow

Sunday, July 6, 2008

Betty Benafe

Aku ngan budak data entry memang ngam,yelah aku kan penah menjadi salh sorang data entry...ni nak cerita, adalah budak data sorang ni mengadu kat aku yang dia dah tak tahan lagi kerja kat situ sebab 1-gaji ikut jam 2-ada 2 bos, satu kecik satu besar 3-Betty Benafe..bukan sebab Betty tu tapi sebab bos kecik yang memburukkan member ni time sesi suai kenal first day Betty kat data entry..ada ke dia dituduh balik awal, yang sememangnya termaktub dalam offer latter 9 to 5..like hello awal ker!!! pastu dituduh pulak buang data..hangin la member kan siap seranah tak hingat lagi masa dia cakap kat aku aritu..last2 dia mintak aku buat surat berenti keje 24 jam..sian kat budak ni. Tapi disebabkan nasihat dari kakak2 kat bawah tu, dia pun tak jadi rasanya nak berenti, tapi dalam masa yang sama aku suruh jugak dia cari kerja kat tempat lain, back up kalau dah terdesak sangat kan...
Whateverpun, wish all the best to the person, never think that the world endded just because the big and small duo trick u bad. Sabar jer la dik, mana2 pun sama, yang penting buat kerja jangan malas pedulikan cakap orang lain.

Friday, July 4, 2008

Member Bomoh

Aku tension sekarang ni sebab nak makan macam dulu memang dah tak bole..semuanya pantang gou nyer angkara..Sebenarnya tak boleh makan seafood ngan daging merah dan kekacang..tapi aku di provok secara kejam dan ditaktor oleh dua makhluk yang tambah lah pulak menu yang diharamkan..tapi yang paling aku terkilan telur tak boleh makan, huhuhuhu...aku nyer wajib dishes dah jadi makhruh boleh tak, semuanya kerana bomoh siam yang termakan kata2 orang kebanyakan sekeliling dia..pastu adalah pulak aromaterapi yer barang yang memang takkan aku dapat kalau bomoh tu tak buka mulut kan.. Mujur ada Semut Merah yang mengesyorkan Plum Balls dari eCosway yang memang bagus sangat dan rasanya pun sedap..Tapi aku tahu diorang wat camtu sebab sayang kat aku, betul tak???? Tapi semejak aku dapat penyakit orang kaya ni *sumber dari wikipedia, semua org bertanyakan khabar yang membuatkan aku rasa cam semua org amik berat pasal aku dan rasa cam nak kerja kat msu sampai mampus la...alamak nak termuntahlah pulak ngan ayat aku sendiri..ya ampun mintak jauh..

GouT

GouT!!!...aku sememangnya dah lama tahu pasal penyakit ni, ayah aku, jiran sebelah kat kampung, cikgu kat sekolah dan latest my beloved mom..poor mom, my love for u and your family, so sad...And finally, aku got it too..horrey..like hello!!! that's the sign that i will be forbiden to enjoy seafood foor the rest of my life. Well bukan tak boleh makan langsung, makan tu boleh tapi kena kurangkan sedikit..itupun kalau betul2 dah elok..sebenarnya aku dah lama rasa sakit kat kaki ni, time sembahyang memang terasa sangat2...tapi mula2 aku ingat salah urat atau terseliuh, nak kata aku main bola, haktuihh..hingin aku, badminton pun dah bertahun tak main, dan tak pernah pulak aku terjatuh atau terlanggar something semejak dua ni.. Aku bukan clumsy cam semut merah yang dah lama tak tulis blok dia tu, yang memang kalau dipimpin pun aku berani kerat jari la dia pastu tergolek jatuh, kalau tak terlanggar barang, confirm terlanggar kaki sendiri, itu baru dua kaki, i can't imagine kalau dia ada lapan kaki maunya dikeraskan jadi tuhan hindu!!.. lepas sembahyang jumaat minggu lepas, kaki aku membengkak dan sakitnya memang out of this world...esoknya aku gi la MSU' panel clinic.doww Razana la where else...and the most remeberable words from the doctor yang mungkin dah tak lama lagi nak kena terminated dari msu - "sah kamu ke'gaout'an..".

Thursday, June 26, 2008

Penattttt..............2

Korang tahu tak, minggu ni memang minggu yang memenatkan sebab pada 20hb (jumaat) aku bertolak ke Johor Bahru (JB) selepas sahaja memalukan diri jadi orang asli for the Family Days MSU..very uncivilitation...terkinja2, terlompat cam beruk, menjerit, telolong yang muda dan yang tua nak mampus tak sedar diri sume sama naik jer...sementara menunggu ketua segala beruk masuk...Dahla nak gi JB, bertolak dalam kul 8, tu baru dari kolej pastu nak kena amik 2 orang makhluk lagi...adusss, making my ass kebas..sampai kat Hotel New York, JB..dalam kul 1 pagi..letih sial...terus tido..mujurlah aku tak sebilik ngan bos, kalau tidak harus aku control movement yang ala2 ratu gitu sebab dah penat sangatsemua loose..
Bilik tu sejuk memang tak hingat, aku pun tido cam jenis tak takde apa yang dapat menahan aku dari bangun kecuali la malaikat maut datang mengambil nyawa yang memang sah2 aku tak bangun like forever..Sabtu dan ahad aku jaga booth kat persada...letih nya sebab yang datang bukan nak study tapi nak cari kerja...letih nak menjawab, dah namanya pameran kerjaya dan pendidikan..bukan salah diorang yang tanak amik tahu pasal MSU ni..yang korang tu gi amik booth ni apa kes!! tanggung lah.. Satu booth 3.500.00..dua booth 7 ribu..banyak tu!!! lepas abis pameran kat persada kami bertolak balik lepas manghrib...sampai shah alam dalam kul 1 pagi..
Esoknya pulak kena kerja cam biasa..masuk2 jer boss dah tanya pasal window dressing yang aku tak siapkan lagi sebab kekurangan gambar yang berkualiti dan muka2 yang komersial..bole tak?? satu hari ikut Azrai amik gambar naik muak aku ngan budak2 kat sini..muka memang tak boleh cari makan..sorang dua jer, tu pun muka cam tahap model maggi ngan mineral water jer.. selasa jer aku start rehat sebab boss gi rehearsel konvo kat PWTC...boleh la cover balik kerja2 tertangguh..
Rabu kena pulak gi konvo PTPL, ya ampun.. memang hari tu sejarah telah tercipta sebab aku bangun kul 6.00 pagi semata2 nak rebut komuter kul 7 pagi..dah lah masa naik komuter ramai giler orang sampai aku berdiri, bayangkan dari padang jawa bawak ke kl sentral...uhh cam nak retak tumit ni...Sampai pulak lambat, boss pun dah cari...dan yang paling tak best tu, nampak sekoyong-koyong makhluk yang memang aku dah lama kenal, berdiri kat pintu masuk... check2 Mama Dora kesayangan C&C.. patutlah dari masuk tadi tak perasan pak guard PWTC, rupa2nya tak payah pak guard sebab orang lain memang tak boleh lepas kawalan Mama Dora yang memang terkenal dengan hikmat stoking dan mulut yang busuk tu...bayangkan dia boleh cover 2 pintu besar dengan hanya duduk tengah2 between the 2 main doors...big applause to that women.. Tugas aku aritu takdelah berat sangat cuma amik gambar orang yang di interview saja, tapi ada lah pulak tugas khas...pinjamkan sut aku ke student yang datang konvo tapi dia anggap rehearsel....boleh tak..cuba korang bayangkan aku yang saiz 24 plus2 ni pakai jeans 33 fit ngan baju lagi, nampak cam pakai legging gitu..mujur aku tak makan pagi lagi, bolehlah maintain perut agar nampak flat..memang budak tu own me big time...Aku kalau orang2 biasa yang bagi arahan, mampus aku tanak ikut, ni arahan dari Kak huda, nak tanak terpaksalah jadi model jeans ketat...malu siot...

Tuesday, June 17, 2008

Semangat Gelombang!!

Wahhh, Aku rasa setelah mendapat nama baru ni, Group insuran yang aku join ni bukan main ligat wat sales..dan aku rasa peyebab utama keligatan yang dialami adalah kerana nama group ini sendiri :GELOMBANG: sebab kalau dulu guna nama shah alam, tak specifik sangat dan kat shah alam orang nya ramai dan kalau dah ada nama tu mesti kena perhebatkan sales kalau tidak hanya dilambung gelombang hina je la..tak gitu leader -ina baieth-.. Tapi memang semangat yang ditunjukkan adalah ditahap maksimum. Kes pun dah melebihi group Terjah dan Million yang dulu jauh mendahului...Sekarang Gelombang side by side ngan Success dan satu ketika diatas sikit bedasarkan kedudukan semasa..Siti haiza tu harus dihapuskan!!!! biarkan dia lemas di lambung gelombang yang semakin bergelora, tapi tudung dia ala2 bienda tu biarlah maintain.. hahahahaha haik tuihh..
Sekarang ni kalau mana2 ahli group GELOMBANG yang tak datang kelas, akan dikenakan denda rm5..dan lucky no 1 : Rina..padan muka ko, walaupun lesung pipit ko dalam, dalam lagi padangan mata ina masa mintak duit denda aritu..hahaha..serem siot, kalau aku maunya terkucilll... Tapi yang tak syoknya dalam meeting aritu sedap2 jer si Ina gunakan kuasa veto dia meng suggest aku jadi treasurer untuk kutip duit dari setiap ahli, sebanyak rm 10 tiap2 bulan, siot jer !! Orang lain memang tak berani membantah sebab nanti diorang yang kena..budak yang accident akibat darah manis aritu ngan abang dia bukan main lagi siap senyum sinis kat aku, pastu sosek2..mengumpat lah tu, menyampah!! Tapi yang penting rambut Ej malam tu memang grand, macam artis dangdut, make up tebal, bulu mata lentik, bibir munggil, baju sikit, tapi takde client, boleh tak?? kalau aku la dress maut macam tu, harus dato'2, tan sri2, kerabat diraja kat celah tali bra jer...baru meletus...kepada Ej goyang lagi yuk...ah.
Sekarang ni aku tengok ina makin sayang kat laki dia, sebab laki dia yang paling berjaya antara kami semua...alamak terlebih sudah!! Tapi kepada siapa2 yang nak ikut usrah, inform kat i nanti i bawakan u gi k..
Assalamualaikum WBT

Monday, June 16, 2008

Aku Keliru!!!

Semalam aku gi satu majlis usrah yang aku ingat akan melibatkan ramai orang yang mana aku akan dapat mencari prospek baru untuk insuran aku..tapi aku silap.. Aku ingat majlis tu diabuat di durau atau masjid2, tapi dibuat di rumah orang..Aku pun yang pertama kali pergi rasa gementar tu adalah, yelah aku ni bukan pandai sangat bab2 agama ni, cuma tahu yang basic jer..
Kalau disuruh mengaji tu, aku reti la baca tapi kalau nak berlagu memang tak dapek nak tolong!!! waktu tu dalam kul 8.45 mlm, aku ke rumah yang di janjikan, masuk la aku ke rumah yang bernombor *** di blok ** seksyen * shah alam.. Tunggu punya tunggu datanglah 2 orang penting yg akan menjayakan majlis malam ni..sorang tua dan sorang lagi umur cam aku jugak rasanya..
Masa mula2 diorang tu masuk aku terkejut sebab diorang tahu nama aku, memang diberitahu la kan nama aku siap2, entah apa yg member aku ni cakap aku pun clueless..Pastu kan, yang aku musykil sangat tu, ada ke patut aku yang baru ni ditanya soalan bertubi2 macam aku ni sedang di rekrut untuk masuk kumpulan mereka.. takut aku, yelah orang baru yang tak tahu apa2.. Harus gabra giler...tension jugak aku ditanya soalan berkenaan agama ni.. Pastu jawapan aku haruslah berkisar atas apa yang aku tahu selama aku idup kan, tapi semua jawapan aku salah dan aku macam dipersalahkan siap dengan sokongan lagi.. Tapi aku memang mengaku aku ni jahil sikit bab agama, tapi takdelah sampai tak tahu apa2..
Pastu aku tanya kenapa tak buat majlis ni kat surau @ masjid, diorang jawab takut kena baling ngan batu cam zaman nabi dulu..tapi bagi akulah, kalau betul takkanlah orang nak marah kan?? Ntah lah sampai sekarang aku keliru...banyak lagi pemasalahan2 yang di terbitkan malam tu, tapi tak perlu lah aku interscreen kan takut mengaibkan mereka dan keluarga mereka..
Majlis tu abis kul 11.15 mlm..Itupun sebab aku dah buat macam mengantuk, kalau tidak maunya diorg teruskan sampai ke pagi..dah ala aku takut nak lalu di laluan rumah aku yang mana sabtu lepas adalah pulak bomoh siam gantung diri kat pokok tepi jalan setelah bunuh isterinya sendiri...eeee...meremang bulu roma aku pikirkan perkara ni.. Sampai jer kat umah aku pun tanyalah member aku, Pastu dia cakap jawapan2 yang aku bagi untuk semua soalan org tu tadi adalah betul, dan member aku tambah - kebanyakkan ajaran sesat ni menggunakan Al-quran yang diletakkan dihadapan semua sebagai rujukan dan dengan itu akan mendapat keyakinan dari orang yang menghadiri majlis itu..camna tu renung-renungkanlah..
Wallualam..

Saturday, June 7, 2008

Susahnya Nak Cari Port Wi-Fi!!

Satu hari aku cari port untuk Wi-fi, last2 aku masuk CC (cyber cafe) jer...nak masuk starbucks nanti tak pasal2 kena minum kopi dia yang mencecah harga sepinggan nasi.. Gara2 nak sangat log in into the whole wide world kann...
takpelah asalkan aku bahagia ok la.. Hari sabtu ni cuti beb, memang syok giler dapat rehat kat umah, tapi boring nak mampus..member pulak kena baby sitting nepew di.. Ala masalah la pulak... terpaksa lah aku cari cc untuk menunaikan hajat aku ni.. aku sebenarnya nak cari contoh untuk kad raya agar kerja aku siap untuk di propose isnin ni.. sume tu memang cantik tapi aku tak berapa berkenan, lagipun apa guna aku jadi designer kalau aku guna semua wallpaper yang sedia ada secara langsung, drop la aku nyer imej tak gitu??...
tapi aku akan buktikan aku boleh buat semua ni dengan tangan aku sendiri..

Friday, June 6, 2008

Bole Tak??

Aku memang bengang betul semalam..Adalah orang jaja citer aku dapat laptop dari orang ex-msu worker untuk wat job dia..tak pasal2 aku kena ceramah oleh orang yang aku memang dah agak akan cakap macam tu.. Aku ingat nak senyapkan jer, yelah salah ke aku nak cari duit lebih sikit, sebab diorang bukannya boleh beri aku Rm250-400 sebulan..kira aku ni boleh cari duit halal dan tak menyusahkan orang..betul tak...? Tapi disebabkan mulut makhluk sorang ni memang tak boleh nak di zass...kunci..aku tak bole nak buat ape, layan jer...
Kepada Nasrul dan Fadhil, aku berterima kasih banyak2 sebab menasihatkan aku, dan aku akan berwaspada sebaik mungkin..

Friday, May 30, 2008

Aku Dapat Laptop Baru!

Semalam member aku bagi laptop Acer baru kat aku..best giler, tapi dengan syarat2 tertentu la of course!..tapi tak kisah sebab dah dapat laptop tu macam2 aku boleh buat.. Dan semalam aku keluar ngan member aku lagi sorang-cuba teka siapa?....pandai! haruslah Jika Malika Mallorca a.k.a MAW stand for M** A*** W******.. Hanya aku dan kenalan rapat jer yang tahu apa makna MAW tu..jangan mare! Ada ke dia nak argue ngan aku pasal American Idol - kenapa David Cook yang menang dan bukan Archie.( serupa jer ngan Kak Anis )"Archie's biggest fan". Dari awal lagi tahu akan kalah tetap nak argue jugak, amik ko kena belanja makan..Dan dalam argue tu sempat pulak bluetooth video David Cook itupun sebab aku yang request..To Wong Foo Thanks For Everything - Julie Newmar.

Monday, May 26, 2008

Bahana Darah Manis..huhuhu....


Malam semalam tanggal 26 May 2008, satu kemalangan kecil berlaku melibatkan sebuah kereta Kelisa s.e ngan sebuah Myvi yang jugak s.e..di bulatan Masjid Shah Alam. Dimana Kelisa bewarna biru telah menghentam belakang Myvi setelah kedua-dua kereta tersebut brek mengejut. Aishah bukan nama sebenar cakap ngan aku masa kejadian dia terbayang muka bapak dia kat kg, aku pulak terbayang signboard "Nafi Workshop".. Workshop Abg Nafi leader aku dalam bisnes Insuran MAA.. Sebab kejadian ini berlaku selepas tamat kelas insuran dimana dalam kelas tu, Abg Nafi ada mention about his Workshop yang telah di wakafkan kepada pekerja dia sendiri, dan sekarang workshop tu semakin maju.


Tapi memang semalam cam mimpi jer sebab aishah yang langgar belakang orang, selalunya dia yang kena langgar..Tapi semalam memang dia merapu dari awal lagi.. Banyak masalah kot! yelah orang yang baru jer melayang Rm400 untuk kad kawin, fikir pasal duit nak wat pelamin lagi, windscreen yang crack tak berganti lagi, loan ptptn yang dah lama tak bayar, budak umah wat perangai lagi, bos pulak cam hantu etc etc..


Mujur la semalam satu kroni MAA datang membantu termasuk tuan empunya Nafi Workshop Hanafiah @ Abg Nafi..kalau dibiarkan aku ngan aishah jer memang tak settle masalah rasanya..

aku dah kayu aishah pulak tengah paranoid..bincang punya bincang, mereka pun mintak Rm170 dan settle macam tu jer tanak report takut berpanjangan sampai jadi kes polis sebab nanti makin teruk jadinya..tak pasal2 aku kena hantar aishah balik rumah dia dan aku bawak balik keta dia kerumah aku sebab aishah dah tak boleh berfikir secara waras buat masa tu. Kesian...

Persoalannya sekarang adakah ianya kebetulan atau Bahana Darah Manis..sebab orang dulu2 sering menyebut masa darah manis nilah kita kena berjaga-jaga kerana kemalangan sering berlaku..Tapi sebagai umat Islam kita kena sentiasa redha dengan Qada' & Qadar baru hidup diberkati..Salammm...

MOU MSU & ITB


Pagi tadi memang pagi yang memenatkan sebab ada event mou pulak antara msu ngan Institut Teknologi Bandung.. Dari mula masuk keje memang dah start kena bawak barang2 naik ke G01, set up segala prop yang dikehendaki.. Masa pasang alas meja timbul pulak masalah kain kedut la pulak, ada kesan lipatan2 yang akan confirm membuatkan datin mengamuk tak hingat.. Dalam kelam kabut tu, adalah pulak idea untuk amik iron kat umah Thalathiah..yang jadi mangsanya aku jugak. Nak tanak terpaksala aku gagahi jua pinjam keta En.Ahmad gi ke rumah Thalatiah amik iron dia...dah settle sume kerja...function pun start la.. dah la sejuk tak hingat dalam bilik tu, aku pun terpaksa la menahan dah la gabra sebab nak tanya soalan lagi.. Orang indonesia tu ada 2 orang satu yang bercakap satu lagi amik gambar satu..Tapi tengah sedap2 aku duduk dalam kesejukan tu, bos aku pulak panggil untuk amik gambar sebab nak masukkan kedua-dua sekali dalam satu gambar.. Dahla disuruh aku jadi reporter tak pasal2 pecah lobang sebab dia kenal aku sebagai staff dia dalam msu ni. Nak tanak terpaksa la.. mujurla aku ni pandai pegang kamera, kira puas hatilah orang indon tu tengok gambar dia nanti.. tak gitu bapak2 sekalian.. maafin ku yuk sekiranya gambar yang gue rakam enggak menepati ciri2 yang dipinggini.. Seharusnya kalian ambil saja gambar yang dirakam oleh juru foto kami..


Dah lepas selesai tandatangan semua mou tu adalah pulak sesi temuramah yang mana aku ditugaskan untuk menanyakan soalan kepada wakil2 ITB ngan MSU..Mujurlah En Ahmad ada takdelah aku yang kena tanya dulu..sampai jer turn aku bertanya, boleh ter crack suara aku di permualaan ayat tapi sempat cover sampai ke penghujung soalan,, kira okla.. Respone yang diterima pun not bad la, kira harapan yang diharapkan untuk collaboration ini diterima dengan baik dan panjang lebar. done

Friday, May 23, 2008

What a Wonderfull Saturday


Sabtu 24 mei 08'..Aku masuk kerja cam biasa, tapi lambat sikit sebab berenti sekejap beli nasi lemak kat seksyen 9.. Tapi satu kejutan berlaku....jengjengjeng...makcik yang selalu berniaga tu dah berganti orang..tapi makanan tetap maintain menarik dan menyelerakan. Aku dah tahu pasti lambat punyer tapi dah sampai pastu dah berdiri terconggok kat depan tu takkan nak blah plak kan dan dah tunggu orang2 yang terdahulu oder dan leave yang sememangnya banyak kerenah tanak tu la, nak sambal asing la..tanak kacang la, menyampah.

aku pun rembat la nasi lemak paru dan telur dadar...dari tadi aku perasan makcik tu kekurangan duit kecik sebab merah ngan biru jer aku nampak warna dalam bekas duit dia.. aku dengan rasa bersalah kalau aku bagi duit yang jugak bewarna merah pasti dia tak keruan sebab tiada duit kecik, jadi aku pun mintak dibungkuskan seketul ayam goreng yang memang menambat hati hati aku dari tadi.. So semuanya rm 5.00!! Aku dah lambat masuk ofis ni, tapi aku baru teringat yang boss aku hari ni cuti sebab dia pindah rumah baru, so aku boleh makan dengan aman tanpa was-was, walaupun diperhatikan oleh pengetua msu kids ngan assist dia. Dan yang best sekali balik kul 1. Pastu balik main ps2.
Chow Bella!


David Cook




Salam, kengkawan aku baru jer nak mula menulis semula sejak sekian lama, sebab aku tak dapat nak akses web ni. lagipun aku kan baru jer tukar deparment so nak sesuaikan diri tu lambat sikit.. Kalau korang nak tahu dalam sebulan dua ni aku gila tengok American Idol.. paling aku minat David Cook bartender dari Blue Springs, Missouri. Pada awal aku lebih kepada Michael Johns sebab masa dalam pencarian top 24, dia paling menyerlah..pastu dalam minggu top 16 masa tu theme 1980s, David cook nyanyi lagu Hello dari Lionel Richie..best giler, ikut susunan sendiri dan aku rasa lagu tu lebih sedap dari penyanyi asal dia..bayangkan lagu slow ballads dia ubah jadi 'emo'rock yang mana starting dia pun dah sedap ditambah pulak dengan high notes masa tengah dan akhir ngan slow touching emotion...perghh...memang best, sampai aku suruh member aku download video klip tu dan sampai sekarang aku tak jemu2 tengok.. Sejak dari tu setiap kali the show was on, the one i waiting most is David Cook.. Banyak lagi lagu yang dia bawak best nak mampus better dari original singer, cam lagu billie jeans dari michael jackson dia balladsrock kan sampai orang tak tahu camna bunyi lagu asal.. Simoon Cowell later said in an interview with Entertainment Weekly that the performance "was in a different league to anything we've heard on the season so far," Dan yang paling aku kagum masa dia nyanyi lagu Always Be My Baby dari Mariah Carey.. Sampai dia terpaksa buat studio nyer rakaman dan be the most hit single had been download kat america waktu tu.. Masa dia nyanyi live tu, kebetulan abang dia Adam which had a brain cancer datang tengok persembahan dia dan lepas jer dengar komen yang paling memberangsangkan dari juri, dia terus menengis sebab dia memang tujukan lagu tu untuk abang dia..dan dari situ semua orang termasuk aku sedar yang dialah salah satu peserta yang paling ikhlas dan some call original in every show.. he has also been wearing an orange wristband to support a 7-year-old fan, Lindsey Rose, with leukemia. Such a sweet person. Last tuesday Cook was declared the winner of American Idol season 7 on May 21, 2008, receiving 56% of the votes and beating runner-up David Archuleta by 12 million votes. Cook then sang "The Time of My Life", the winning song of the 2008 American Idol Songwriter's Competition, which will also be Cook's first single.

Hope to see more of David Cook soon.

Wednesday, March 19, 2008

Finally The Day Has Come

at last dapat jugak aku confirmation untuk naik keatas join The Corp. Comm Department.. Setelah satu bulan aku perjuangkan menaip lebih 800 e-mail applacation yang memang dah dijangka selama ini.. aku telah berjaya akhirnya... walaupun aku dah tak berapa rela untuk buat data entry lagi... Terima kasih aku pada kawan2 yang sentiasa berada disisi untuk memberi sokongan selama ini.. Kepada mak dan ayah aku yang selalu mendoakan kebahagian hidup anak mu ini..aku ku balas jasa mu sampai kehujung nyawa ku...

Tuesday, March 11, 2008

PERHATIAN...

Aku dapat satu email dari member aku yang sangat2 berguna kepada kita semua, harap baca dan praktikan... selamat mencoba..
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkan...

Friday, March 7, 2008

Member Yang Bersemangat Nak Mengundi.

Esok 8 mac 2008 adalah tarikh keramat kerana esok adalah penentu kepada pemerintahan negara yang akan berkuatkuasa selama 5 penggal. Cuti pun dah dibagi kepada kami untuk membolehkan kami semua pulang ke kg mengundi calon masing2.. Dan masa itu lah kami tahu siapa yang mengundi kerajaan dan siapa yang mengundi calon pembangkang.
Adalah sorang dua yang extreme dengan pilihan masing2.. tapi rata2 aku survey pro parti pembangkang memang banyak kat ofis aku ni.. Bagi pro BN adalah sorang yang siap edar kad calon kawasan lagi kat ofis ni...taknak mengalah sungguh..kebanyakkannya orang lembah klang.. Bagi ofismate dari pantai timur terutamanya kelantan mereka tetap dengan pilihan azali mereka PAS.. lebih2 lagi si Caserini tu..semangat ni,tau sebab apa? sebab nak duit. boleh tak? Tapi esok aku tak balik mengundi walaupun nama ada sebab aku ke Johor ngan Sal** untuk exhibition disana...yehaaa..... Tapi aku ni tengah tension ni, entah bila la aku ni boleh dilepaskan untuk naik ke corp comm.. Aku bukan apa takut buatnya En.Ros** makan hati ngan aku terus tanak amik tak ke naya.. Mahunya aku mengamuk dulu pastu berenti 24 jam... Makan dalam siot..
ok la beb, aku harap masa mengundi tu fikir masak dulu, jangan tersalah pangkah sudah.. nak tunggu 5 tahun lagi masak beb!!! ARioouss....

Monday, March 3, 2008

Member2 Yang Dah Lama Tak Jumpa





Alamak rindulah pulak member2 lama yang satu masa dulu susah sama2 ngan aku mengharungi kehidupan kat sini..
kalau ada diorang boleh jugak aku berkongsi azab sebab diorang tahu apa yang berlaku kat aku sebab diorang pun pernah melalui benda yang sama.. kepada Wana, Yatie dan lain2 semoga bahagia dengan kehidupan u all sekarang.. I am happy when u all happy.. My heart goes to u and ur family, so sad.. life goes on, whatever happen trust to just one - Allah.. i love u all.

Sunday, March 2, 2008

Kenapa??

ASSALAMUALAIKUM....

Aku tak tahu la..skang ni aku dah macam nak tanak kerja kat tempat kerja aku lagi.. Memang dah ramai yang kena tapi aku wat bodoh jer selama ni.. Korang tau aku mula kerja kat sini 9 dis 2005, dan sekarang dah 2 tahun 2 bulan aku kerja kat sini.. Sudah masanya aku buka pekung yang selama ini aku pendam.. Setahun aku kerja kat sini sebagai part-timer, dan gaji masa tu memang sadis sebab aku dibayar ikut jam..sebulan dia akan bayar 2 kali, melalui cek yang mana aku terpaksa pergi ke bank untuk bank in sendiri..bayangkanlah dalam setahun tu aku berulang alik dari kampus ke bank tiap2 kali cek dapat cek.. Tapi diorang ni memang tak berperikemanusian sebab kadang2 cek lambat siap dan aku terpaksa mengikat perut untuk tunggu cek dan muka pun dah tebal semacam sebab selalu pinjam duit ngan orang.. Ada tu dalam 2 bulan tak dapat cek atas alasan terlupa atau yang paling banggang terlepas pandang.
Lepas dah cukup2 satu tahun aku part timer, barulah dipermenent kan..itu pun delay banyak kali..Basic rm 900, dan boleh wat O.T.. Post data entry ni pun banyak orang keluar masuk.. yang lama dari bilik datin semua dah takde tinggal aku sorang jer yang tinggal.. So adalah muka baru yang take over.. dan bulan 10 2007 aku pun confirm sebab dah lebih syarat 6 bulan "darr" aku permenent kannn!!! gaji tetap macam tu jugak.. tapi yang aku marah sanagt sekarang ni orang baru yang masuk tak sampai 1 tahun start ngan part time jugak dan sekarang dah confirm yang aku sendiri pun tak tau macam mana,,,tarik nafas2 fuhfuhfuh... gaji dia dah naik rm 1100.. cam na tu ????????????!!!!! Aku hangin satu badan cam nak sepah2 kan ofis yang crowded ngan manusia kaki ampu dan manusia jenis cium bontot nak naik ni. Yang tak tahannya tu aku dapat tahu sebab gaji aku dah la sikit plus O.T tak sampai rm1100 arghhhhh.........gerammmmm... Gaji budak tu pulak dah la banyak O.T dia boleh lebih rm250++ dari aku... bersih rm 1300++ dia dapat..Arghhh...apa dosa aku, apa dosa aku.. mana silap mak ayah aku yang selama ini membesarkan aku.. Ya Allah ko berikan ku kekuatan untuk menerima segala penghinaan yang hebat ini.. Kepada kawan2 ku aku merayu agar berdoa bersama ku agar aku dilepaskan dari siksa dunia yang maha kejam ini.. ayah dan mak, aku minta maaf diatas segala kesilapan ku, halakan makan minum ku, pakaian ku, dan duit yang ko beri untuk menghantar ku belajar agar satu hari nanti aku akan membalas jasamu..

AKU PASRAH...DALAM KEBODOHAN KU SEKIRANYA AKU YANG BERSALAH.. YA ALLAH KO TUNJUKKANLAH JALAN KEBENARAN KEPADA KU DAN ORANG2 YANG BERIMAN KEPADA MU.

AMIN...

Thursday, February 28, 2008

Member Yang Bela Ikan Dalam Keta

Semalam 27 hb 2008, satu malapetaka telah berlaku.. Hujan mula turun ngan lebat pada kul 5.45 ptg, mereka2 semua sibuk lipat surat yang aku rasa memang takan abis dalam masa 2 tahun lagi..semakin lama makin lebat, dalam kelekaan dan tak kesedaran air mula melimpah masuk dalam ofis kami, memang tak sangka sampai begitu tinggi sekali air tu naik..Ada orang cakap hujan tu sumpahan sebab tak naik gaji entahlah aku pun tanak komen lebih2.. Mulalah kerja2 pengalihan kereta dan motor yang sah2 dah tenggelam separuh.. Aku pun terpaksa mengharungi air yang semakin naik untuk menyelamatkan motor GG.. Alhamdullilah motor tu ok..takut jugak sebab dah seminggu aku tak start motor tu, sebab ada jer agenda yang nak dibuat...balik ngan keta sha la, g Gannu la, macam2 lagi..
tapi yang paling best semalam member aku sorang ni..keta dia dimasuki air dan memang nampak air bertakung kat tempat kaki dia depan dan belakang. Pastu adalah orang2 yang mengusik mengatakan dia bela ikan dalam kereta...tu yang jadi tajuk untuk post ni.. Member aku ni pun bengang jugak tapi nak wat camne dah yang cakap tu member2 gak.. kesian kat member aku ni tak pasal2 kena vacum keta dia..kepada casserini moga dia sabar dan meneruskan kehidupan kearah yang lebih baik.dan kepada bos besar..tak reti2 lagi ker???? naikkanlah gaji.....
ariosss....

Wednesday, February 20, 2008

Member Yang Suka Sent E-mail.






Aku ada member yang baik sangat yang aku dah lama kenal dari aku mula masuk Uitm lagi.. budak melaka!! dia ni kalau pasal cakap lepas memang top ranking "king of cakap lepas". Aku ngan dia memang tak berkira..kita orang selain kutuk sama sendiri, kutuk member2 yang lain.. kitaorang kamcing pun sebab dia ni tak pernah mendatangkan masalah kat aku dan aku pun tak pernah menyusahkan dia..melainkan suruh dia amik aku kat rumah untuk ke rumah dia.. Banyak jugaklah e-mail yang dia bagi kat aku antaranya, lagu2 yang ngetop masa kini ngan gambar2 yang menarik..

Sunday, February 17, 2008

Member Yang Giler Games


Aku ada member yang dari kecik sampai sekarang, memang giler main games.. Aku pun suka gak tapi takdelah extrem sangat cam dia ni.. Member aku ni pantang nampak cd games mesti nak beli.. Dia layan sume games dari sport cam game bola, adventure cam final fantasy, lumba kereta cam daytona n fighting cam street fighter. aku pulak just giler main games fight jer sebab tak payah banyak fikir tekan joystick jer... takyah lah nak cari jalan kuar yang memang akan sesat lah confirm!

Member!! Dunia Dah Nak Kiamat






Thursday, January 31, 2008

Member Yang Kena Fitnah

Aku rasa tuan rumah yang paling busybody ialah tuan rumah member aku Caserini, yang tak tahannya duduk sebelah rumah jer, memang keras la budak2 dalam rumah tu tak boleh nak buat apa!!! Hari ni aku terbaca dalam blog dia yang tuan rumah ni gi fitnah dia buat maksiat dalam kereta.. Subahanallah!!! mintak simpang, aku tahu dia tak buat cam tu, memang la mulut dia celaka sikit tapi hati dia baik...bayangkanlah kalau kita tak buat benda yang orang kata kita buat, haruslah melenting, kalau akupun aku cam nak amuk jer satu shah alam..tuan rumah dia tu cakap camtu sebab tiap2 pagi bf si Caserini ni antar dia gi kerja...itu pun nampak cam masalah besar!!.. ntah apa2 ntah. Kalau akulah alang2 orang dah mengata better buat terus..puas hati.. yela kita tak buat orang pulak fitnah...untuk natural kan dosa fitnah orang tu kita buat amal tukar fitnah dia tu kepada tuduhan yang berasas...abis citer.. Kalau nak buatpun takkan nak buat dalam kancil, better check-in mana2 rumah tumpangan kat pudu tu buat kat sana lagi selesa tak gituuuu?????

Monday, January 28, 2008

Member Yang Dating Ngan Juara Dunia..

Cewahhhhh...member aku sorang ni bukan main lagi sekarang, pakwe dia dah pegang title juara dunia dalam acara lawn ball ( boling padang ) no 1 dunia.. Tiap2 hari kuar paper, yang tak tahan nya member aku ni siap beli semua jenis paper yang di cetak kat malaysia ni, yang penting ada gambar pakwe dia..gituu... Aku rasa kalau hari2 ada cerita pakwe dia, maunya kerja part time kat kilang paper senang2 dia zasss paper yang baru keluar... Glamor tu semalam siap pi jemput kat airport lagi, sah2 ramai reporter yang tunggu untuk snap gambar, sensasi tu!! sesuai dengan status dia la ni..tapi serius semalam senyum sampai ke telinga. Gelabah tak hingat bila mak pakwe dia ajak gi airport..dalam hujan lebat ni runner giler2 semata2 nak memenuhi undangan ke majlis penyarungan tegkolok pakwe dia..yang penting dia happy dan aku harap dia bahagia selamanya.

Sunday, January 27, 2008

Member Yang Ke China!!

Hari jumaat lepas aku pegi hantar 2 orang member ke airport KLIA.. diorang dapat reward percutian ke china sebab prestasi kerja yang bos aku 'label' kan sebagai kelas 'A'.. Tapi aku kesian ngan member aku sorang ni sebab dia ni pergi kerna terpaksa dan pegi pulak takde member..memang mati2 tanak pegi..tapi apakan daya dah bos yang suruh pegi maka berlepas jugalah dia dengan hati yang lara..entah kenapa aku ngan member sorang lagi yang hantar ke airport tu rasa sedih pulak, bukan tak pernah hantar orang kat airport, tapi entahlah rasa lain macam sikit...siap bergambar lagi kat pintu masuk departure tu, aku doakan perjalanan mereka selamat pegi dan balik...dalam sedih2 tu aku pun adalah selitkan hitch2 barangan yang aku nak dari china..tapi semuanya buat tak tau jer, memang siot!
malam tu jugakla aku first time bawak gen2, best siot!! cam tak caya jer...tapi jangan sangkut kat tol la... 1 feb ni diorang balik, dah sah2 aku yang kena amik kan tapi tak kisah sebab aku leh bawak gen2 lagi sekali ke KLIA...........kepda bie, jiji, bro com, bro co, mr fong and yang lain2 selamat dan bergumbira disana!!!!

Tuesday, January 22, 2008

Member Yang First Amik Insurans Ngan Aku

Aku gembira sangat sebab aku dah ada client...aku dah berjaya jual medical card ngan dia, bagus la, member aku ni pun macam dah ada kesedaran insuran dalam dirinya. Tapi yang tak tahan tu, masa mula2 aku nak kenen dia ni memang nak jual medical card, tengah rancak cucuk jarum dia pula berminat ngan takaful...so aku pun terus mati kutu sebab tak bersedia pasal produk takaful walaupun aku dah ada code untuk takaful guna nama sendiri... Pastu aku pun buat lah appoiment ngan dia esoknya... Aku ajak dia datang umah, aku sharing dia pasal produk takaful sikit2, citer punyer citer sampai dah nak dekat satu dua jam aku goreng....korang tau tak apa yang terjadi??????? Dia tanya pasal medical card.....nak taknak aku jual la medical card yang memang aku nak jual semalam dan dia yang pandai2 tukar topik pasal takaful kann!!!! mujurlah masa mula2 join insurans ni aku belajar medical card ni dah tu, belajar pulak 3 minggu berturut-turut, mana tak hingat...memang hustler la.. pastu dah nak dekat abis satu citer hindustan lamanya barulah dia mintak borang medical dan alhamdulillah dia pun sain dan buat bayaran 1/2 untuk pelan 2.
tapi dalam aku menjual produk tu, aku baru tahu ada polisi baru yang lebih murah dan menguntungkan.. Aku tergelak besar ngan si semut merah tu sebab dalam kecelaruan produk tu pun aku leh jual...tapi kira oklah walaupun harga bg poli

Friday, January 11, 2008

Member Yang Dah Nak Pergi

Sedih aku mengenangkan member aku sorang ni yang dah nak meninggalkan kami.. Takde lagi gelak yang aneh, movement yang tak disangka2, homemade food n guru bahasa sarawak. Beliau akan mendaftar di institut pendidikan UM. Daftar sebagai pelajar baru KPLI..
Yang ralatnya, semua kerja dia kat ofis ni, aku kena settlekan sementara dapat orang baru.. HUHUHU... memang aku tak dapat nak escape..camne erk...Ingat lagi masa aku mula2 masuk ofis, dia la yang banyak ajar aku buat kerja, perangai orang2 kat ofis, bos camne?, n orang2 yg harus di avoid..walaupun aku masuk melalui member aku satu U. Aku rasa kalau nak cari penganti mesti susah sebab takde orang yang sanggup wat kerja ni aku pun tak harap sangat ada orang yang mengantikan posititon ni, lebih daripada seksa diri, kalau tak tahan boleh paranoid dibuatnya..nak kejar dateline nya, report, fail yang bersusun arrrrggggggg...... aku sebut pun dah tak lalu..uweekkkkkk.....
Tapi kami semua redha sebab asalkan dia bahagia, kami pun gembira..kami minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung tempat yang boleh dilihat, dan halalkan makan minum kami selama ini...moga sukses n dapat apa yang diidamkan..dunia akhirat.

Wednesday, January 9, 2008

Member Yang Prihatin

Hari ni aku terharu sebab ada member yang dapat e-mail doa akhir tahun ngan awal tahun untuk dibaca sempena Awal Muharam.. sapa lagi kalau bukan si semut merah tu.. Moga Allah memberkati beliau sehingga kehujung nyawa..Amin. Aku pun nak mengucapkan selamat Tahun Baru 1428 H, kepada seluruh umat Islam seluruh dunia agar sentiasa menjaga kebersihan agama yang menjadi tunjang ketakwaan dan keimanan yang diredhai Allah S.W.T.
Sesungguhnya aku raa sungguh bertuah sebab dapat sekali lagi menyambut Tahun Baru Islam dan berharap tahun ini memberi seribu kebahagiaan kepada semua..

Sunday, January 6, 2008

Member2 Yang Sedar Diri

Semalam aku g satu seminar budget kat kajang. Seminar ni khusus untuk orang yang nak buat insuran sebagai mata pencarian rezeki.. Seminar tu memang best sebab dia ajar kita kira perbelanjaan harian, bulanan sehingga ke tahunan. Dan banyaklah member2 aku yang sedar bahawasanya perbelanjaan diorang melebihi apa yang diaorang perolehi tiap2 bulan.. Aku pun sama, kira punya kira, pendapatan aku memang cukup2 makan jer..camna tu? nasibla aku ni cuma beli baju bundle jer, tu la belanja bulanan aku untuk kain baju sikit jer.. tapi bundle pun ada jugak jenama oscar de la renta n uniqlo..kasut pun aku pakai yang kanvas jer dari bata, takdenya susah2 nak cari manolo blahnik or dato jimmy, tak kuasa aku.
memang kesedaran diri setiap orang yang datang semalam rata2 dah meningkat dan overall seminar semalam tidak mengecewakan...tambah pula makan tengahari dia memang superb, ngan ulam2, sambal belacan, ayam rempah, sambal udang, desert yang best dan macam2 lagi.. makan pula ngan member aku yang memang best lagilah terangkat...thank kepada kak ina yang buat semua ni untuk member2 semua, tapi ada lagi yang tak sedar diri, takpela nak buat camne kan dah memang dasar beruk blurrrrr sampai bila2 la blur.............ariosssss

Friday, January 4, 2008

Member Yang Panas Kena Sound Dengan Member Mulut Busuk

Semalam walaupun hujan lebat, tapi tetap panas tak hingat gara2 mulut pompuan yang celaka tak hingat sound orang lain balik awal, hello aggrement latter menyatakan 9am-5pm, so tak salah kalau nak balik awal. Tapi yang tak tahannya, waktu tu dah pukul 6pm dah lebih dari waktu asal..alasan bangang dia "yelah kita ni bahagian lain, ko tu bahagian lain, memang la boleh balik awal". Ah menyampah tul, beb kalau ko nak balik awal pun bole la, tapi sengaja tanak sebab nak tunggu orang takde kat ofis senang la dia cucuk jarum kat bos memburukkan orang lain.. Dasar kipas susah mati. Aku pun keluar jugak sama2 ngan budak yang kena sound tu, tapi aku g minum, lepas jer aku balik ofis semula, dah takder orang...pompuan yang tak sedar diri tu pun dah blah sebab bos sendiri pun balik awal semalam..memang penantian dia tak berbaloi la.. ketawakan dia HAHAHAHAHA...bodoh, sombong.

Member Yang Di Dalam Dilema.....

Aduss...kesian member aku yang sorang ni. Berat beb masalah dia ni, macam telan mati KERACUNAN, tak telan mati KEBULURAN.. Dia terpaksa pilih antara 2.. aku nak cakap pun nanti korang konfius, sebab aku pun buntu pikirkan masalah dia ni.. Tapi aku rasa dia ni dah boleh fikir apa yang tebaik untuk diri dia tanpa melukakan hati sesiapa.. Berat jugak conversation kitaorang semalam sampai aku yang dah nak terlena ni pun segar balik pasal otak aku dah mula proses untuk cari idea bagi settle kan prob dia..
Aku ni sekadar dengar memang no hal, tapi kalau nak mintak pendapat.............boleh tu memang boleh tapi takut tak masuk dek akal, sebab aku ni jenis imaginasi yang melampaui zaman. Member aku nak terima pun kena fikir banyak kali, macam Semut merah tu kalau aku cakap blurr jer memanjang..apa2 pun aku tetap sokong member aku.

Thursday, January 3, 2008

Member yang SIhat

Korang tau tak dah lama jugak la aku tak menulis dalam ni tau sebab apa? sebab aku lupa password aku..bole tak? Baru hari ni ada member aku nak create blog dia, pastu baru aku teringat yang aku ada blog sendiri......aku ada member tau kat tempat keje aku ni, kira pangkat kakak la..
skang ni dia sedang bercuti.. Budak2 sume tanya dia kemana sebab dia ni memang susah sikit cuti, lebih2 lagi dah nak dekat 2 minggu dah tak masuk ofis..tapi sebenarnya dia ni dah dapat tawaran lain yang lebih berbaloi.. tahniah kepada beliau..kita orang memang sedih tapi untuk kebaikan dia kami rela...ah..ah..ah