Thursday, October 30, 2008

HOM ( House Of Matahati )




Malam semalam aku hadiri satu opening painting solo show kat Ampang, memang menarik sangat2 art yang di pamerkan. Show tu adalah hasil dari seorang pelukis muda yang sangat berbakat. Kebanyakkan paiting beliau telah dibeli oleh art collector yang telah datang sehari sebelum opening ni. Cuba korang bayangkan, harga sekeping paiting dalam rm 3500, dalam show tu ada lebih kurang 30 painting, kalau terjual 20 keping dah dapat rm 70 k. Semalam pun dah terjual lebih 15 painting..kaya beb, mujurla aku tak kenal sangat budak tu, kalau tidak boleh aku pinjam sikit nak bayar muka kereta.
Aku dah lama tak menghadirkan diri dalam majlis macam ni, kekok sikit nak bercakap ngan orang2 art ni. Lebih2 lagi ngan artis yang memang dah ada nama bukan saja dalam negara malah luar negara cam Jailani Hassan, Imuda, Pyan Habib, Sani Sudin, Bayu Utomo (laki Norzizi Zulkifli)..
Mujur la ramai member UiTM yang datang, takdelah aku mati kutu. Kebanyakkannya dah berjaya dalam hidup, macam2 citer aku dapat. Ada yang dah kawin, beranak, cerai, kawin lari, laki lari, macam2. Tapi masa aku on the way ke show tu, aku dapat panggilan dari member tempat kerja yang tahu aku excident selasa lepas. Dia shock sebab dengan kaki aku yang berbalut ni pun, gagahi jua keluar malam..well aku ingat lagi pesan mak aku, masa majlis tahlil arwah ayah, ” Chik, walauapapun yang berlaku hidup perlu diteruskan”, so tak salah la tindakan aku kan??? I Love U So So Mom.

Redha 2

Aduss sakitnya kaki aku, Tuhan ngan aku jer tahu.. Lepas balik dari kerja semalam aku terlibat dengan satu kecelakaan jalan raya. Sebuah wira merah dengan tidak semena-mena keluar dari simpang dan terus melanggar aku.. Dah la masa tu orang memang ramai sebab kes tu betul2 di depan pasar malam..Aduss sekali lagi malu giler Masa kena langgar tu tak rasa lagi sakitnya, dah sampai umah member aku, baru terasa pedihnya... Orang yang langgar aku tu plak student UiTM, pompuan 2 orang.. Yang tukang langgar tu namanya Ain, takla cantik mana muka cam cina, member dia tu cun sebab masa lepas langgar aku, si Ain tu gi park keta, so member dia la yang entertain aku. ”abang ok, luka teruk tak, nak gi klinik?” Tapi aku yakin budak2 tu mesti anak orang kaya sebab cam tak kisah je nak kuarkan duit.. Takpe!!! siap ko akan ku jual jua max wanita kat uols. Tapi sekarang aku terpaksa menangung kesengalan di pergelangan kaki kiri aku sambil nak ricci raga motor baru.
Dahla aku masih dalam griveness atas pemergian ayahanda tercinta...Tapi itu semua ketentuan dari yang maha kuasa, Aku Redha
Inalillahhiwainailahirojiun.

Monday, October 27, 2008

In Memory


Pada 19 Oktober 2008, bersamaan 19 Syawal 1429 H, tepat jam 3 petang, aku mendapat panggilan dari Kakak aku yang menyatakan bahawa Ayah aku yang tersayang telah pergi untuk selamanya.. Memang aku tak menjangka langsung, sedih memang tak dapat nak cakap, sebak sungguh dada aku masa tu. Mujurlah masa aku dapat panggilan tu aku sorang2.. Dari lelehan air mata yang sunyi sebab terkejut sampailah satu tahap aku tak dapat lagi menahan sampai meraung giler2..itulah tangisan aku yang maha ikhlas setelah sekian lama aku tak menangis sejak masuk sekolah menengah. Masa on the way balik kg tu lagi la teruk, satu-persatu memori ngan ayah aku enter frame dalam otak aku.. Subahanallah aku rasa cam nak menjerit kuat2, tapi masa tu aku tumpang kakak aku, so terpaksalah cover ngan bantal yang ada dalam keta dia tu.. Abis lencun bantal tu dikerjakan oleh air mata aku..
Aku sampai umah jer, orang dah ramai, terus aku meluru ke jenazah ayah...... Aku tengok muka ayah tenang jer, aku pun kembali tenang..Aku sedekahkan Yasin pada ayah aku... Ayah aku dikebumikan pada keesokkannya sebab nak menunggu anak2 sume. Masa mandikan jenazah ayah, aku betul2 tersentuh, tengok ayah kaku tak bergerak Tapi ku gagahi jua..Siap kafan, semua sanak saudara berkumpul untuk tatapan terakhir.. Masa ni lah aku lihat semua orang tak kira dari Wan, Mak, Kakak2, Abang2, Anak Buah aku semuanya merah mata, mana boleh tahan beb aku pun tak semena-mena mengalirkan air mata...siap semua dah kucup dahi ayah yang sejuk, kami menghantar ke tanah perkuburan Kg Chengal, ala satu tapak ngan Sudirman.. Mulanya aku nak masuk tapi adalah Ayah nyer sedara masuk jugak, so aku just hulur dari atas jer.. Abang aku yang tinggal 3 orang tu jer masuk sekali...takpelah sebab semuanya sempurna dan takde perkara yang tak elok berlaku...

3 malam kenduri arwah kami buat, mujur lah semuanya dah tua2 belaka, jadi semuanya bole diharap.. Aku pulak ditugaskan untuk menyettelkan hal2 sijil, estet2, factory2 tinggalan ayah untuk diserahkan semuanya kepada Hjh Ramelah Bt Ma’ali, mak aku daaa.. Terkejut badak aku, ayah aku nyer duit banyak tak hingattt. Bayangkan Ayah ngan Mak aku setiap sorang ada 6 buku bank, purata amaun akhir yang telah di updated bagi setiap akaun, mencecah belasan riban bai...jadi ibu tunggal kaya mak aku.. Wan aku pun taknak mengalah, tetap nak tunjuk aset dia, aku pun shoking sangat2, simpanan dia boleh beli Vios cash...Perghh...

Kepada Ayah moga tenang bersemadi di sana..Ya Allah tempatkan Ayah di samping orang2 yang beriman.

Al -Fatihah

Hj Mohamed Bin Pilus
21/9/1927 - 19/10/2008

Thursday, October 16, 2008

Raya Yang Ala-ALa

Assalamualaikum…kepada pembaca2 blog aku ….Camne uols nyer raya…ok tak?? Well kepada yang mengharapkan aku akan berenti menulis, jangan terkejut ngan warkah terbaru aku ni…korang fikir senang2 ke aku nak berenti haa!!! Tapi aku boleh jamin yang akan ditulis dalam ni nanti tidak lah akan menyamai kecintaan blog terdahulu dan itu aku berani jamin..melainkan ada request @ citer PANAZZZSS.... Tapi apa yang pasti semua yang aku tulis ni dari dulu sampai lah sekarang dan pada hari2 yang mendatang semuanya benar belaka.

Aku rasa raya tahun ni kureng sikitla..jelas sangat2 kemeriahannya tak terasa seperti sebelumnya.. Ntahlah, mungkin sebab ekonomi yang masih dalam proses pembaikan selepas minyak naik mencanak-canak, turun pulak 10sen jer.. Budak2 pun tak ramai sangat yang datang beraya tahun ni kat umah aku, duit raya yang aku ngan ayah aku spend untuk sedekah kat budak2 pun banyak lagi balance, mungkin diorang ni sonok duk umah tengok astro kot, yelah pogram tv pun aku tengok best2 belaka... memang anti-klimaks raya..

Kawan2 aku pulak balik kg terbawak-bawak social life diorang ke kg.. Adus mak!!, nak cantik nyer pasal, sanggup ni cucuk silikon kat muka, bukan main runcing dagu sorang2. Riban2 jugak la abis.. Balik kg nak cover ngan parents, cakap doktor ketatkan pendakap gigi sampai effect ke dagu, boleh tak?? Tapi aku tak kisah asalkan uols pandai makan pandai simpan..tapi yang paling aku tak berkenan, boleh ting tong di malam raya.. Demo loni dok supo mulo..

Tapi aku rasa yang paling spoil sekali, raya kedua mak ngan ayah aku masuk hospital, sehari suntuk aku duk hospital settlekan hal2 kemasukkan parent aku dalam wad. Mak aku lemah badan, sebab seminggu sebelum raya doc cakap darah dia terlalu pekat, dan dia diberi ubat pencair darah...Pastu darah dia keluar dari rongga2 sebab terlalu cair la pulak, sebab tu la badan dia lemah, masuk hospital dalam 4 beg darah masuk dalam badan dia..sian mak aku. Ayah aku plak mulanya just nak hantar mak aku jer, sebab dah terlalu lama menunggu, dia pun tak sihat sangat, terus jumpa doc dan terus kena tahan..masuk ccu lagi, wad khas untuk pesakit jantung.. Mak aku sempat 3 malam Ayah aku plak dalam seminggu jugaklah dalam hospital..Aku ingat lagi doc yang merawat ayah aku cakap yang kami dah terlambat hantar dia ke hospital. Memanglah sebelum ni dia ada mengadu sakit dada, tapi takdelah kami syak masalah jantung. Whateverpun aku tetap harapkan yang terbaik untuk Mak dan Ayah aku.. Masa aku balik Shah Alam, ayah masih dalam hospital..