Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Salam kepada semua, sejak aku menulis di dalam blog ni banyak sangat aku kutuk orang dan mungkin ramai yang terasa..Yelah aku ni bukan jenis suka bercakap, cuma dengan menulis jer aku boleh luahkan segala macam yang terpendam di dalam hati aku ni.. Pada aku blog adalah salah satu cara terbaik kita bertukar pendapat sesama kawan2 yang jauh atau dekat..dan untuk mengekalkan memori kehidupan seharian kita. Kepada mereka yang terasa hati secara langsung atau tidak,aku dengan ikhlas meminta maaf lebih2 lagi dah nak masuk bulan Syawal ni..manusia mana yang tak buat silap, aku sendiri tak terlepas dari melakukan kemungkaran..aku jugak manusia biasa seperti Hatta Dolmat yang mengutuk Ning Baizura, Jovian Mandhagi yang mengutuk Linda Onn, Paris Hilton kutuk Victoria Beckham, Penduduk dunia kutuk Bush, Raja Petra kutuk Kerajaan, PBB mengutuk serangan berdarah di seluruh dunia, Umat Islam di Malaysia kutuk Teressa Kok. Aku jugak tak terlepas dari kutukan orang sekeliling, yang pasti aku masih boleh meneruskan kehidupan aku kerana sehingga ke hari ini. Kerana walau sebaik manapun manusia walaupun yang bernama sahabat, tetap ada sekelumit perasaan hasad dengki yang merupakan fitrah bagi setiap manusia..

Aku sekali lagi ingin meminta Maaf Zahir & Batin diatas artikel2 aku yang menggangu ketenteraman semua..dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008..

Mungkin ini artikel terakhir aku kot, sebab aku dah tanak wat dosa lagi.....

Monday, September 22, 2008

Semalam Di Monterez.....

Aku mulanya tanak highlight kan event berbuka kat Monterez ni, tapi dah ramai sangat nak tahu, so aku berbesar hati, cekalkan semangat untuk menulis juak sitok!! Well kalau nak ikutkan warga C&C + Corp.Comm memang ramai, tapi dah memang perangai sorang2 yang ikut kepala sendiri di campur pulak ngan fees yang harus dikeluarkan, so ramai lah yang tewas dek bayaran yang tidak setimpal ngan apa yang akan dimakan kelak..so yang kekal tak sampai 35%.. Lokasinya di kelab golf, menu utama kambing panggang..(sebab menatang tu la yang nampak dulu).. Dewan yang dibuka pun tak lah besar mana, cukup2 jer. 2 meja ditempah khas, betul2 depan stage keroncong.
Tapi bagi pendapat aku, rasa makanan kat situ tak la sedap sangat just average jer.. Boss aku pun cakap macam tu, tak berapa best sangat.. Tapi hari tu jugak aku di perkotak katikkan untuk mengambil gambar...ntah hapa2 diorang ni, makan pun nak bergambar..Nak jaga air muka boss nyer pasal, terpaksala..amik jer.. Yang aku tak tahan tu, sume orang tahu yang aku ni Gout carrier, dandan tu la concern ala2 malaikat, jangan makan udang la, jangan makan daging la, nanti kaki bengkak...haikk tuihh...i don’t want to waste my rm45 just because i cannot eat all the foods...nonsense... ko fikir aku ni kaya sangat ke bayar mahal2 untuk makan nasi ngan ayam jer...Aku tak tahu atas sebab apa mereka pilih untuk berbuka kat sini??? Lebih baik berbuka kat hotel yang harganya 2x5 dan lebih terkenal dan ada kelasss gituu.. Masa makan tu adalah pulak sesi karaoke yang mana membei peluang kepada penjamu2 untuk menyanyi bersama live band kat situ..Dan dari group kami yang terpilih jengjengjeng....orang kanan boss, Ahmad Ibrahim...bukan main lagi berkorbulasi ngan awek keroncong yang cun jugak la.. Malam tu En. Ahmad telah bertukar menjadi Brory Marantika, tapi yang kurang syoknya suara tak keluar sangat, jauh berbeza dengan nada tinggi masa jawab call...boleh tak??? Mungkin sebab perut penuh kot, suara pun tersekat-sekat..tapi tetap dapat applause ngan bunga plastik siap ngan pasunya sekali. Tapi aku tetap terkilan tak dapat tengok (sebab dah balik) orang yang dah penuh perutnya tapi tetap bawak tupperware, tapau makanan untuk di bawa pulang..memang tak boleh diterima...pada sesiapa yang berkenaan, bawak2 lah bertaubat, ko fikir majlis tu pot luck kat department ko ker???? Tapi cuba korang bayangkan kalau la dikumpul rm5, pastu gi pasar ramadan..banyak tu bole beli...mau 2 hari kembung perut..apa2 pun boss nyer pasal kita just LAYANNNN...Sebenarnya enjoy jugak..bukan selalu kan!!

Friday, September 12, 2008

Penataran Ilmu.

Pagi tadi kami semua berkumpul di theater hall untuk sesi penataran ilmu.. Pensyarah jemputan masih setia Dr Hj Juanda Jaya, timbalan mufti negeri Sarawak. Tajuk ceramah yang di perkatakan memang cukup menarik dan aku tak tido langsung di sepanjang ceramah tu, 'amazing' kan!!!
Pastu aku ngan Ina yang dulu nak jadi artis tapi tak dapat sebab selebet tersentap ngan satu Ayat yang dikeluarkan di slaid yang berbunyi :

Kata Ja'far al-siddiq : "jauhilah teman yang derhaka kepada ibubapa kerana Allah melaknat dia, jauhilah ahli maksiat kerana ia berjangkit, jauhilah penipu kerana dia menjauhkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh.

Ertinya: Kalau ada member yang menderhaka kepada ibubapa, harap jangan kawan ngan dia, tak pun kalau boleh tolong nasihatkan dia, takdenya nak dapat bau syurga kalau perangai dah macam tu, kalau dah degil jugak ramai2 pulaukan dia abis citer. Jangan berkawan ngan member yang sentiasa berbuat maksiat kerana maksiat tu sendiri akan berjangkit ngan kita, yelah seronok kan tengok member buat maksiat, kita pun teringin jugak, tapi tulah nanti kita yang buat maksiat siapa nak jawab tu, kalau terlanjur dan termengandung makbapak korang jugak yang susah.. siapa yang malu korang ngan keluarga korang jugak...Dan kalau kita kawan ngan member yang suka sangat menipu, kita akan dekat ngan orang2 yang bermulut jahat yang sentiasa menipu dan jauh dari orang2 yang baik..yelah, dah orang yang suka menipu ni kawan dia memang ramai yang suka menipu jugak, kira ada sparing partner la tak gitu !! amacam, ada yang terasa tak, korang kalau ada ciri2 yang disebut, bawak2lah bertaubat, besar dosanya kalau diteruskan..dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha penyayang.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Muncul lagi



Assalamualaikum…….
Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, aku menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran perkataan dan perbuatan yang menyinggung hati serta perasaan. Halalkan juga segala makan dan minum aku selama ini. Semoga puasa kita diberkati oleh Allah s.w.t, insya-Allah.

RamadhanMubarak!
SelamatDatangBulanRamadhan..........

Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,

apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
"Selamat Berpuasa kepada semua"...


Wassalam