Monday, October 27, 2008

In Memory


Pada 19 Oktober 2008, bersamaan 19 Syawal 1429 H, tepat jam 3 petang, aku mendapat panggilan dari Kakak aku yang menyatakan bahawa Ayah aku yang tersayang telah pergi untuk selamanya.. Memang aku tak menjangka langsung, sedih memang tak dapat nak cakap, sebak sungguh dada aku masa tu. Mujurlah masa aku dapat panggilan tu aku sorang2.. Dari lelehan air mata yang sunyi sebab terkejut sampailah satu tahap aku tak dapat lagi menahan sampai meraung giler2..itulah tangisan aku yang maha ikhlas setelah sekian lama aku tak menangis sejak masuk sekolah menengah. Masa on the way balik kg tu lagi la teruk, satu-persatu memori ngan ayah aku enter frame dalam otak aku.. Subahanallah aku rasa cam nak menjerit kuat2, tapi masa tu aku tumpang kakak aku, so terpaksalah cover ngan bantal yang ada dalam keta dia tu.. Abis lencun bantal tu dikerjakan oleh air mata aku..
Aku sampai umah jer, orang dah ramai, terus aku meluru ke jenazah ayah...... Aku tengok muka ayah tenang jer, aku pun kembali tenang..Aku sedekahkan Yasin pada ayah aku... Ayah aku dikebumikan pada keesokkannya sebab nak menunggu anak2 sume. Masa mandikan jenazah ayah, aku betul2 tersentuh, tengok ayah kaku tak bergerak Tapi ku gagahi jua..Siap kafan, semua sanak saudara berkumpul untuk tatapan terakhir.. Masa ni lah aku lihat semua orang tak kira dari Wan, Mak, Kakak2, Abang2, Anak Buah aku semuanya merah mata, mana boleh tahan beb aku pun tak semena-mena mengalirkan air mata...siap semua dah kucup dahi ayah yang sejuk, kami menghantar ke tanah perkuburan Kg Chengal, ala satu tapak ngan Sudirman.. Mulanya aku nak masuk tapi adalah Ayah nyer sedara masuk jugak, so aku just hulur dari atas jer.. Abang aku yang tinggal 3 orang tu jer masuk sekali...takpelah sebab semuanya sempurna dan takde perkara yang tak elok berlaku...

3 malam kenduri arwah kami buat, mujur lah semuanya dah tua2 belaka, jadi semuanya bole diharap.. Aku pulak ditugaskan untuk menyettelkan hal2 sijil, estet2, factory2 tinggalan ayah untuk diserahkan semuanya kepada Hjh Ramelah Bt Ma’ali, mak aku daaa.. Terkejut badak aku, ayah aku nyer duit banyak tak hingattt. Bayangkan Ayah ngan Mak aku setiap sorang ada 6 buku bank, purata amaun akhir yang telah di updated bagi setiap akaun, mencecah belasan riban bai...jadi ibu tunggal kaya mak aku.. Wan aku pun taknak mengalah, tetap nak tunjuk aset dia, aku pun shoking sangat2, simpanan dia boleh beli Vios cash...Perghh...

Kepada Ayah moga tenang bersemadi di sana..Ya Allah tempatkan Ayah di samping orang2 yang beriman.

Al -Fatihah

Hj Mohamed Bin Pilus
21/9/1927 - 19/10/2008

2 comments:

Semut Merah said...

San, setiap yg hidup pasti akan 'pergi' jua...aku harap ko tabah San...al-fatihah...

Errrr....patutla ko mcm dah tak der mood jer nk buat insurans...rupenyer ko ni dh jadik anak kpd janda kaya la kannn....tapi ko jgn hingat nk kebas plak harta mak ko tuh! Bersusah payah mak ngan arwah ayah ko membanting tulang nk membesarkan korang adik beradik...pandai2 la ko carik harta sniri!!!!!! Jalan aku dah bagi, tinggal usaha ko jer San! Caiyuk! Caiyuk!

Anonymous said...

Salam takziah buat sahabatku yang mulia. disini saya ingin menghulurkan salam takziah dan salam mesra buat anda sekeluarga. Saya takjub dengan kesabaran anda yang tabah menghadapi dugaan yang telah tiba. Seperti mummy anda telah pesan "Hidup ini mesti diteruskan" adalah perpatah yang sesuai dengan apa dugaan yang telah anda alami. Oleh itu, SALAM KASIH SAYANG DARI SAYA BUAT HASSAN SEKELUARGA.