Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Salam kepada semua, sejak aku menulis di dalam blog ni banyak sangat aku kutuk orang dan mungkin ramai yang terasa..Yelah aku ni bukan jenis suka bercakap, cuma dengan menulis jer aku boleh luahkan segala macam yang terpendam di dalam hati aku ni.. Pada aku blog adalah salah satu cara terbaik kita bertukar pendapat sesama kawan2 yang jauh atau dekat..dan untuk mengekalkan memori kehidupan seharian kita. Kepada mereka yang terasa hati secara langsung atau tidak,aku dengan ikhlas meminta maaf lebih2 lagi dah nak masuk bulan Syawal ni..manusia mana yang tak buat silap, aku sendiri tak terlepas dari melakukan kemungkaran..aku jugak manusia biasa seperti Hatta Dolmat yang mengutuk Ning Baizura, Jovian Mandhagi yang mengutuk Linda Onn, Paris Hilton kutuk Victoria Beckham, Penduduk dunia kutuk Bush, Raja Petra kutuk Kerajaan, PBB mengutuk serangan berdarah di seluruh dunia, Umat Islam di Malaysia kutuk Teressa Kok. Aku jugak tak terlepas dari kutukan orang sekeliling, yang pasti aku masih boleh meneruskan kehidupan aku kerana sehingga ke hari ini. Kerana walau sebaik manapun manusia walaupun yang bernama sahabat, tetap ada sekelumit perasaan hasad dengki yang merupakan fitrah bagi setiap manusia..

Aku sekali lagi ingin meminta Maaf Zahir & Batin diatas artikel2 aku yang menggangu ketenteraman semua..dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008..

Mungkin ini artikel terakhir aku kot, sebab aku dah tanak wat dosa lagi.....

1 comment:

Semut Merah said...

Tolong la jgn benti tulih blog ni...
Kalau org lain tak suke tu lantak diorang la tp aku tetap 'loyal fan' blog ko, nok!
And aku pun nak mintak maaf byk2 atas segala wrongdoings...slmt ari raye...