Thursday, June 26, 2008

Penattttt..............2

Korang tahu tak, minggu ni memang minggu yang memenatkan sebab pada 20hb (jumaat) aku bertolak ke Johor Bahru (JB) selepas sahaja memalukan diri jadi orang asli for the Family Days MSU..very uncivilitation...terkinja2, terlompat cam beruk, menjerit, telolong yang muda dan yang tua nak mampus tak sedar diri sume sama naik jer...sementara menunggu ketua segala beruk masuk...Dahla nak gi JB, bertolak dalam kul 8, tu baru dari kolej pastu nak kena amik 2 orang makhluk lagi...adusss, making my ass kebas..sampai kat Hotel New York, JB..dalam kul 1 pagi..letih sial...terus tido..mujurlah aku tak sebilik ngan bos, kalau tidak harus aku control movement yang ala2 ratu gitu sebab dah penat sangatsemua loose..
Bilik tu sejuk memang tak hingat, aku pun tido cam jenis tak takde apa yang dapat menahan aku dari bangun kecuali la malaikat maut datang mengambil nyawa yang memang sah2 aku tak bangun like forever..Sabtu dan ahad aku jaga booth kat persada...letih nya sebab yang datang bukan nak study tapi nak cari kerja...letih nak menjawab, dah namanya pameran kerjaya dan pendidikan..bukan salah diorang yang tanak amik tahu pasal MSU ni..yang korang tu gi amik booth ni apa kes!! tanggung lah.. Satu booth 3.500.00..dua booth 7 ribu..banyak tu!!! lepas abis pameran kat persada kami bertolak balik lepas manghrib...sampai shah alam dalam kul 1 pagi..
Esoknya pulak kena kerja cam biasa..masuk2 jer boss dah tanya pasal window dressing yang aku tak siapkan lagi sebab kekurangan gambar yang berkualiti dan muka2 yang komersial..bole tak?? satu hari ikut Azrai amik gambar naik muak aku ngan budak2 kat sini..muka memang tak boleh cari makan..sorang dua jer, tu pun muka cam tahap model maggi ngan mineral water jer.. selasa jer aku start rehat sebab boss gi rehearsel konvo kat PWTC...boleh la cover balik kerja2 tertangguh..
Rabu kena pulak gi konvo PTPL, ya ampun.. memang hari tu sejarah telah tercipta sebab aku bangun kul 6.00 pagi semata2 nak rebut komuter kul 7 pagi..dah lah masa naik komuter ramai giler orang sampai aku berdiri, bayangkan dari padang jawa bawak ke kl sentral...uhh cam nak retak tumit ni...Sampai pulak lambat, boss pun dah cari...dan yang paling tak best tu, nampak sekoyong-koyong makhluk yang memang aku dah lama kenal, berdiri kat pintu masuk... check2 Mama Dora kesayangan C&C.. patutlah dari masuk tadi tak perasan pak guard PWTC, rupa2nya tak payah pak guard sebab orang lain memang tak boleh lepas kawalan Mama Dora yang memang terkenal dengan hikmat stoking dan mulut yang busuk tu...bayangkan dia boleh cover 2 pintu besar dengan hanya duduk tengah2 between the 2 main doors...big applause to that women.. Tugas aku aritu takdelah berat sangat cuma amik gambar orang yang di interview saja, tapi ada lah pulak tugas khas...pinjamkan sut aku ke student yang datang konvo tapi dia anggap rehearsel....boleh tak..cuba korang bayangkan aku yang saiz 24 plus2 ni pakai jeans 33 fit ngan baju lagi, nampak cam pakai legging gitu..mujur aku tak makan pagi lagi, bolehlah maintain perut agar nampak flat..memang budak tu own me big time...Aku kalau orang2 biasa yang bagi arahan, mampus aku tanak ikut, ni arahan dari Kak huda, nak tanak terpaksalah jadi model jeans ketat...malu siot...

Tuesday, June 17, 2008

Semangat Gelombang!!

Wahhh, Aku rasa setelah mendapat nama baru ni, Group insuran yang aku join ni bukan main ligat wat sales..dan aku rasa peyebab utama keligatan yang dialami adalah kerana nama group ini sendiri :GELOMBANG: sebab kalau dulu guna nama shah alam, tak specifik sangat dan kat shah alam orang nya ramai dan kalau dah ada nama tu mesti kena perhebatkan sales kalau tidak hanya dilambung gelombang hina je la..tak gitu leader -ina baieth-.. Tapi memang semangat yang ditunjukkan adalah ditahap maksimum. Kes pun dah melebihi group Terjah dan Million yang dulu jauh mendahului...Sekarang Gelombang side by side ngan Success dan satu ketika diatas sikit bedasarkan kedudukan semasa..Siti haiza tu harus dihapuskan!!!! biarkan dia lemas di lambung gelombang yang semakin bergelora, tapi tudung dia ala2 bienda tu biarlah maintain.. hahahahaha haik tuihh..
Sekarang ni kalau mana2 ahli group GELOMBANG yang tak datang kelas, akan dikenakan denda rm5..dan lucky no 1 : Rina..padan muka ko, walaupun lesung pipit ko dalam, dalam lagi padangan mata ina masa mintak duit denda aritu..hahaha..serem siot, kalau aku maunya terkucilll... Tapi yang tak syoknya dalam meeting aritu sedap2 jer si Ina gunakan kuasa veto dia meng suggest aku jadi treasurer untuk kutip duit dari setiap ahli, sebanyak rm 10 tiap2 bulan, siot jer !! Orang lain memang tak berani membantah sebab nanti diorang yang kena..budak yang accident akibat darah manis aritu ngan abang dia bukan main lagi siap senyum sinis kat aku, pastu sosek2..mengumpat lah tu, menyampah!! Tapi yang penting rambut Ej malam tu memang grand, macam artis dangdut, make up tebal, bulu mata lentik, bibir munggil, baju sikit, tapi takde client, boleh tak?? kalau aku la dress maut macam tu, harus dato'2, tan sri2, kerabat diraja kat celah tali bra jer...baru meletus...kepada Ej goyang lagi yuk...ah.
Sekarang ni aku tengok ina makin sayang kat laki dia, sebab laki dia yang paling berjaya antara kami semua...alamak terlebih sudah!! Tapi kepada siapa2 yang nak ikut usrah, inform kat i nanti i bawakan u gi k..
Assalamualaikum WBT

Monday, June 16, 2008

Aku Keliru!!!

Semalam aku gi satu majlis usrah yang aku ingat akan melibatkan ramai orang yang mana aku akan dapat mencari prospek baru untuk insuran aku..tapi aku silap.. Aku ingat majlis tu diabuat di durau atau masjid2, tapi dibuat di rumah orang..Aku pun yang pertama kali pergi rasa gementar tu adalah, yelah aku ni bukan pandai sangat bab2 agama ni, cuma tahu yang basic jer..
Kalau disuruh mengaji tu, aku reti la baca tapi kalau nak berlagu memang tak dapek nak tolong!!! waktu tu dalam kul 8.45 mlm, aku ke rumah yang di janjikan, masuk la aku ke rumah yang bernombor *** di blok ** seksyen * shah alam.. Tunggu punya tunggu datanglah 2 orang penting yg akan menjayakan majlis malam ni..sorang tua dan sorang lagi umur cam aku jugak rasanya..
Masa mula2 diorang tu masuk aku terkejut sebab diorang tahu nama aku, memang diberitahu la kan nama aku siap2, entah apa yg member aku ni cakap aku pun clueless..Pastu kan, yang aku musykil sangat tu, ada ke patut aku yang baru ni ditanya soalan bertubi2 macam aku ni sedang di rekrut untuk masuk kumpulan mereka.. takut aku, yelah orang baru yang tak tahu apa2.. Harus gabra giler...tension jugak aku ditanya soalan berkenaan agama ni.. Pastu jawapan aku haruslah berkisar atas apa yang aku tahu selama aku idup kan, tapi semua jawapan aku salah dan aku macam dipersalahkan siap dengan sokongan lagi.. Tapi aku memang mengaku aku ni jahil sikit bab agama, tapi takdelah sampai tak tahu apa2..
Pastu aku tanya kenapa tak buat majlis ni kat surau @ masjid, diorang jawab takut kena baling ngan batu cam zaman nabi dulu..tapi bagi akulah, kalau betul takkanlah orang nak marah kan?? Ntah lah sampai sekarang aku keliru...banyak lagi pemasalahan2 yang di terbitkan malam tu, tapi tak perlu lah aku interscreen kan takut mengaibkan mereka dan keluarga mereka..
Majlis tu abis kul 11.15 mlm..Itupun sebab aku dah buat macam mengantuk, kalau tidak maunya diorg teruskan sampai ke pagi..dah ala aku takut nak lalu di laluan rumah aku yang mana sabtu lepas adalah pulak bomoh siam gantung diri kat pokok tepi jalan setelah bunuh isterinya sendiri...eeee...meremang bulu roma aku pikirkan perkara ni.. Sampai jer kat umah aku pun tanyalah member aku, Pastu dia cakap jawapan2 yang aku bagi untuk semua soalan org tu tadi adalah betul, dan member aku tambah - kebanyakkan ajaran sesat ni menggunakan Al-quran yang diletakkan dihadapan semua sebagai rujukan dan dengan itu akan mendapat keyakinan dari orang yang menghadiri majlis itu..camna tu renung-renungkanlah..
Wallualam..

Saturday, June 7, 2008

Susahnya Nak Cari Port Wi-Fi!!

Satu hari aku cari port untuk Wi-fi, last2 aku masuk CC (cyber cafe) jer...nak masuk starbucks nanti tak pasal2 kena minum kopi dia yang mencecah harga sepinggan nasi.. Gara2 nak sangat log in into the whole wide world kann...
takpelah asalkan aku bahagia ok la.. Hari sabtu ni cuti beb, memang syok giler dapat rehat kat umah, tapi boring nak mampus..member pulak kena baby sitting nepew di.. Ala masalah la pulak... terpaksa lah aku cari cc untuk menunaikan hajat aku ni.. aku sebenarnya nak cari contoh untuk kad raya agar kerja aku siap untuk di propose isnin ni.. sume tu memang cantik tapi aku tak berapa berkenan, lagipun apa guna aku jadi designer kalau aku guna semua wallpaper yang sedia ada secara langsung, drop la aku nyer imej tak gitu??...
tapi aku akan buktikan aku boleh buat semua ni dengan tangan aku sendiri..

Friday, June 6, 2008

Bole Tak??

Aku memang bengang betul semalam..Adalah orang jaja citer aku dapat laptop dari orang ex-msu worker untuk wat job dia..tak pasal2 aku kena ceramah oleh orang yang aku memang dah agak akan cakap macam tu.. Aku ingat nak senyapkan jer, yelah salah ke aku nak cari duit lebih sikit, sebab diorang bukannya boleh beri aku Rm250-400 sebulan..kira aku ni boleh cari duit halal dan tak menyusahkan orang..betul tak...? Tapi disebabkan mulut makhluk sorang ni memang tak boleh nak di zass...kunci..aku tak bole nak buat ape, layan jer...
Kepada Nasrul dan Fadhil, aku berterima kasih banyak2 sebab menasihatkan aku, dan aku akan berwaspada sebaik mungkin..