Wednesday, March 31, 2010

Release Tension!

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….


1...Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba.....ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

2...Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya...

3...SAM: Kau kata aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang,
semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

4.SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

5. "Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

...Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

6. Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,
padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

AYAT-AYAT CINTA SEBELUM DAN SELEPAS KAWIN..hehe
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I´m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..

More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


Webcam -
Messenger -

Tuesday, February 23, 2010

Friday, November 20, 2009

Frens is a fren Customer is always right..yeah right!!

Huh…the past two weeks aku gila2 nyer sibuk. HQ dah bagi surat untuk kira semua stok yang ada kat stokis and the worst thing is my gout come back..huyooo…korang tak tahu terseksa nya idup masa tu. Arghh…..(wat muka tension) Tapi aku tetap kena maintain, yelah Allah takkan menguji dengan something yang tak mampu di tempuhi oleh hambaNya.
Kalau uols leh survive, there is a reward and uols will become better next times forward.. wahh….standing ovation for me for become a Ustaz.. Tapi betul bai, aku tak basuh baju 2 minggu, memang tak larat sangat2.. Uols fikir dari pagi sampai malam aku kat stokis wat macam2 kerja yang selama ni aku tak pernah bayangkan pun. Kira stok satu kedai mana tak gila.. Dengan kaki aku yang mencucuk-cucuk, layan cutomer lagi..dapat lak yang tanya banyak tak hingat..hai nak gak aku sumbat kaki gout ni ke dalam mulut suh diam sikit. Tapi cam selalu la customer is always right, even bawak anak yg macam lotong lari sana-sini, bising tak hingat, usik barang2 kat dalam stokis aku, main remote tv, dan mak nye wat bodo je, siap cakap anak dia cerdik sebab aktif dan cepat belajar padahal perangai cam hantu pastu mak nya plak mintak tgk banyak giler barang, cam satu catalog tu dia nak cuba dan akhirnya belian setakat dapat satu kopun jer arghhhh…tensionnn..

p/s satu kupon diberi diatas pembelian RM 30..

Anywhere thanks kepada Kak Anis, Ill Sengkang, En.ahmad, Sal, bini Ayie, my UiTM frens and etc…sebab sudi datang ke stokis aku..My heart goes to u guys..
SWEET…

Thursday, November 5, 2009

Friday, July 24, 2009

Makhluk Asing or Mahkluk Asing Whatever...

As always aku selalu dapat call dari strangers.. Tapi pagi semalam memang shocking. Seorang lelaki ntah dari mana datang nya call aku.. Mula2 ingat customer, tanya aku kat mana, aku cakap la kat stokis, ok fine..pastu leh lak dia cakap boleh ke nak jumpa, aku cakap la takde hal, datang la kat stokis ni..
dalam kul 12.00tgh dia datang, tunggu la kat bawah, aku cakap kat dia naik la tengok barang, tapi dia tanak...gatal betul la.. check2 tua nak mampus, gigi kemas tak hingat for sure gigi palsu kan. pastu jumpa borak2 tanya pasal stokis camne bla bla bla...Pastu aku rasa pakcik ni semacam jer sebab dia tanya "tak kisah ker kawan ngan 'abg'?" aku cakap la tak kisah, customer aku kebanyakkanya org tua.. Then the fugly old man said " tak kisah kan main ngan abg? " OMG what was that? Zasss...bulu roma aku meremang...hilang akal apa pakcik ni?...dah tua nak mampos tak sedar diri.
aku dah mula loya2...pastu aku mintak excuse blah dari situ sebab dah tak tahan sangat dah...patutnya aku muntah je depan dia, so dia tahu yang dia tu menjijikan..
uwekk....dah la tu...nak tulis lebih lanjut pun dah nak muntah...
apa perlu aku buat:
A. wat tak tahu ( like i doing right now)
B. Upah orang pukul jer that old fugly thing
C. Aku cakap aku dah ada makwe or pakwe..so that he can't disturb me anymore

KONFIUS...
p/s Sue dari JB thank for ur comment..

xoxo
Hassan Basri

Thursday, July 23, 2009

Katalog Baru...

Akhirnya sampai gak katalog baru..as always barang2 yang takde promotion last month, promotion ok bulan ni.. Harusla list paling atas Miyami nyer bedak rm19.90..
Jus 1000ml 3 bottle for just rm23.90.. Banyak gak la barang baru yang diorg advertised kat dalam katalog ni, pendek kata semua best lah..
tapi org yang paling best adalah orang ada katalog sendiri..heheheh
Kepada my brand new friends Herda, Mazni dan Noli Santos Espiritu (pinoy) nice to know uols.. all my friends at FB thanks for ur viewers on my blog..

xoxo
hassan basri

Wednesday, July 22, 2009

Bisnes...Sendiri..

As some of uols know, aku skang dah resign dari MSU..Sekarang aku dah berjaya take over stokis cosway kat sec 3 shah alam.. now hidup aku berkisar di sebalik barangan2 cosway.. Supplement, bahan cucian, skin product, cosmetic, luaran dan dalaman,, macam2 la...for a past 1 month i hav to remember all the product and the way to sell it..sampai tidur malam pun aku mimpi layan customer..
Aku skang pun masih dalam proses memahirkan diri with all the thing.. Uols tahu aku sekarang rapat sangat ngan makcik2 & kakak2 yang datang membeli kat sini.. Well there's one of the skilll that i have..melayan orang..manja sangat..aku cam nak sepak jer, tapi mungkin sebab dah selalu sangat jumpa aku kat sini diaorg pun makin rapat ngan aku..k lah..boleh handle la..macam2 hal...apa yang penting sales beb! customer always right..
mujur aku ada assistant, inherit dari previous stokis..cekap nak mampus, ko cakap jer nak barang apa, tutup mata pun leh cari, yelah dah dia yang susun semua barang tu...
kepada mereka yang tak tahu this the address


NO 7A, JALAN SENA 3/13A,
SEKSYEN 3,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR.

TEL/ FAX : 03-55121377
H/P : 012-6202740
Kedudukan belakang wisma MAIS..tingkat atas, deretan Syed, 7ELEVEN..

XOXO
HASSAN BASRI