Thursday, June 26, 2008

Penattttt..............2

Korang tahu tak, minggu ni memang minggu yang memenatkan sebab pada 20hb (jumaat) aku bertolak ke Johor Bahru (JB) selepas sahaja memalukan diri jadi orang asli for the Family Days MSU..very uncivilitation...terkinja2, terlompat cam beruk, menjerit, telolong yang muda dan yang tua nak mampus tak sedar diri sume sama naik jer...sementara menunggu ketua segala beruk masuk...Dahla nak gi JB, bertolak dalam kul 8, tu baru dari kolej pastu nak kena amik 2 orang makhluk lagi...adusss, making my ass kebas..sampai kat Hotel New York, JB..dalam kul 1 pagi..letih sial...terus tido..mujurlah aku tak sebilik ngan bos, kalau tidak harus aku control movement yang ala2 ratu gitu sebab dah penat sangatsemua loose..
Bilik tu sejuk memang tak hingat, aku pun tido cam jenis tak takde apa yang dapat menahan aku dari bangun kecuali la malaikat maut datang mengambil nyawa yang memang sah2 aku tak bangun like forever..Sabtu dan ahad aku jaga booth kat persada...letih nya sebab yang datang bukan nak study tapi nak cari kerja...letih nak menjawab, dah namanya pameran kerjaya dan pendidikan..bukan salah diorang yang tanak amik tahu pasal MSU ni..yang korang tu gi amik booth ni apa kes!! tanggung lah.. Satu booth 3.500.00..dua booth 7 ribu..banyak tu!!! lepas abis pameran kat persada kami bertolak balik lepas manghrib...sampai shah alam dalam kul 1 pagi..
Esoknya pulak kena kerja cam biasa..masuk2 jer boss dah tanya pasal window dressing yang aku tak siapkan lagi sebab kekurangan gambar yang berkualiti dan muka2 yang komersial..bole tak?? satu hari ikut Azrai amik gambar naik muak aku ngan budak2 kat sini..muka memang tak boleh cari makan..sorang dua jer, tu pun muka cam tahap model maggi ngan mineral water jer.. selasa jer aku start rehat sebab boss gi rehearsel konvo kat PWTC...boleh la cover balik kerja2 tertangguh..
Rabu kena pulak gi konvo PTPL, ya ampun.. memang hari tu sejarah telah tercipta sebab aku bangun kul 6.00 pagi semata2 nak rebut komuter kul 7 pagi..dah lah masa naik komuter ramai giler orang sampai aku berdiri, bayangkan dari padang jawa bawak ke kl sentral...uhh cam nak retak tumit ni...Sampai pulak lambat, boss pun dah cari...dan yang paling tak best tu, nampak sekoyong-koyong makhluk yang memang aku dah lama kenal, berdiri kat pintu masuk... check2 Mama Dora kesayangan C&C.. patutlah dari masuk tadi tak perasan pak guard PWTC, rupa2nya tak payah pak guard sebab orang lain memang tak boleh lepas kawalan Mama Dora yang memang terkenal dengan hikmat stoking dan mulut yang busuk tu...bayangkan dia boleh cover 2 pintu besar dengan hanya duduk tengah2 between the 2 main doors...big applause to that women.. Tugas aku aritu takdelah berat sangat cuma amik gambar orang yang di interview saja, tapi ada lah pulak tugas khas...pinjamkan sut aku ke student yang datang konvo tapi dia anggap rehearsel....boleh tak..cuba korang bayangkan aku yang saiz 24 plus2 ni pakai jeans 33 fit ngan baju lagi, nampak cam pakai legging gitu..mujur aku tak makan pagi lagi, bolehlah maintain perut agar nampak flat..memang budak tu own me big time...Aku kalau orang2 biasa yang bagi arahan, mampus aku tanak ikut, ni arahan dari Kak huda, nak tanak terpaksalah jadi model jeans ketat...malu siot...

No comments: