Monday, May 26, 2008

MOU MSU & ITB


Pagi tadi memang pagi yang memenatkan sebab ada event mou pulak antara msu ngan Institut Teknologi Bandung.. Dari mula masuk keje memang dah start kena bawak barang2 naik ke G01, set up segala prop yang dikehendaki.. Masa pasang alas meja timbul pulak masalah kain kedut la pulak, ada kesan lipatan2 yang akan confirm membuatkan datin mengamuk tak hingat.. Dalam kelam kabut tu, adalah pulak idea untuk amik iron kat umah Thalathiah..yang jadi mangsanya aku jugak. Nak tanak terpaksala aku gagahi jua pinjam keta En.Ahmad gi ke rumah Thalatiah amik iron dia...dah settle sume kerja...function pun start la.. dah la sejuk tak hingat dalam bilik tu, aku pun terpaksa la menahan dah la gabra sebab nak tanya soalan lagi.. Orang indonesia tu ada 2 orang satu yang bercakap satu lagi amik gambar satu..Tapi tengah sedap2 aku duduk dalam kesejukan tu, bos aku pulak panggil untuk amik gambar sebab nak masukkan kedua-dua sekali dalam satu gambar.. Dahla disuruh aku jadi reporter tak pasal2 pecah lobang sebab dia kenal aku sebagai staff dia dalam msu ni. Nak tanak terpaksa la.. mujurla aku ni pandai pegang kamera, kira puas hatilah orang indon tu tengok gambar dia nanti.. tak gitu bapak2 sekalian.. maafin ku yuk sekiranya gambar yang gue rakam enggak menepati ciri2 yang dipinggini.. Seharusnya kalian ambil saja gambar yang dirakam oleh juru foto kami..


Dah lepas selesai tandatangan semua mou tu adalah pulak sesi temuramah yang mana aku ditugaskan untuk menanyakan soalan kepada wakil2 ITB ngan MSU..Mujurlah En Ahmad ada takdelah aku yang kena tanya dulu..sampai jer turn aku bertanya, boleh ter crack suara aku di permualaan ayat tapi sempat cover sampai ke penghujung soalan,, kira okla.. Respone yang diterima pun not bad la, kira harapan yang diharapkan untuk collaboration ini diterima dengan baik dan panjang lebar. done

No comments: