Monday, May 26, 2008

Bahana Darah Manis..huhuhu....


Malam semalam tanggal 26 May 2008, satu kemalangan kecil berlaku melibatkan sebuah kereta Kelisa s.e ngan sebuah Myvi yang jugak s.e..di bulatan Masjid Shah Alam. Dimana Kelisa bewarna biru telah menghentam belakang Myvi setelah kedua-dua kereta tersebut brek mengejut. Aishah bukan nama sebenar cakap ngan aku masa kejadian dia terbayang muka bapak dia kat kg, aku pulak terbayang signboard "Nafi Workshop".. Workshop Abg Nafi leader aku dalam bisnes Insuran MAA.. Sebab kejadian ini berlaku selepas tamat kelas insuran dimana dalam kelas tu, Abg Nafi ada mention about his Workshop yang telah di wakafkan kepada pekerja dia sendiri, dan sekarang workshop tu semakin maju.


Tapi memang semalam cam mimpi jer sebab aishah yang langgar belakang orang, selalunya dia yang kena langgar..Tapi semalam memang dia merapu dari awal lagi.. Banyak masalah kot! yelah orang yang baru jer melayang Rm400 untuk kad kawin, fikir pasal duit nak wat pelamin lagi, windscreen yang crack tak berganti lagi, loan ptptn yang dah lama tak bayar, budak umah wat perangai lagi, bos pulak cam hantu etc etc..


Mujur la semalam satu kroni MAA datang membantu termasuk tuan empunya Nafi Workshop Hanafiah @ Abg Nafi..kalau dibiarkan aku ngan aishah jer memang tak settle masalah rasanya..

aku dah kayu aishah pulak tengah paranoid..bincang punya bincang, mereka pun mintak Rm170 dan settle macam tu jer tanak report takut berpanjangan sampai jadi kes polis sebab nanti makin teruk jadinya..tak pasal2 aku kena hantar aishah balik rumah dia dan aku bawak balik keta dia kerumah aku sebab aishah dah tak boleh berfikir secara waras buat masa tu. Kesian...

Persoalannya sekarang adakah ianya kebetulan atau Bahana Darah Manis..sebab orang dulu2 sering menyebut masa darah manis nilah kita kena berjaga-jaga kerana kemalangan sering berlaku..Tapi sebagai umat Islam kita kena sentiasa redha dengan Qada' & Qadar baru hidup diberkati..Salammm...

No comments: