Thursday, January 31, 2008
Member Yang Kena Fitnah
Aku rasa tuan rumah yang paling busybody ialah tuan rumah member aku Caserini, yang tak tahannya duduk sebelah rumah jer, memang keras la budak2 dalam rumah tu tak boleh nak buat apa!!! Hari ni aku terbaca dalam blog dia yang tuan rumah ni gi fitnah dia buat maksiat dalam kereta.. Subahanallah!!! mintak simpang, aku tahu dia tak buat cam tu, memang la mulut dia celaka sikit tapi hati dia baik...bayangkanlah kalau kita tak buat benda yang orang kata kita buat, haruslah melenting, kalau akupun aku cam nak amuk jer satu shah alam..tuan rumah dia tu cakap camtu sebab tiap2 pagi bf si Caserini ni antar dia gi kerja...itu pun nampak cam masalah besar!!.. ntah apa2 ntah. Kalau akulah alang2 orang dah mengata better buat terus..puas hati.. yela kita tak buat orang pulak fitnah...untuk natural kan dosa fitnah orang tu kita buat amal tukar fitnah dia tu kepada tuduhan yang berasas...abis citer.. Kalau nak buatpun takkan nak buat dalam kancil, better check-in mana2 rumah tumpangan kat pudu tu buat kat sana lagi selesa tak gituuuu?????
Monday, January 28, 2008
Member Yang Dating Ngan Juara Dunia..
Cewahhhhh...member aku sorang ni bukan main lagi sekarang, pakwe dia dah pegang title juara dunia dalam acara lawn ball ( boling padang ) no 1 dunia.. Tiap2 hari kuar paper, yang tak tahan nya member aku ni siap beli semua jenis paper yang di cetak kat malaysia ni, yang penting ada gambar pakwe dia..gituu... Aku rasa kalau hari2 ada cerita pakwe dia, maunya kerja part time kat kilang paper senang2 dia zasss paper yang baru keluar... Glamor tu semalam siap pi jemput kat airport lagi, sah2 ramai reporter yang tunggu untuk snap gambar, sensasi tu!! sesuai dengan status dia la ni..tapi serius semalam senyum sampai ke telinga. Gelabah tak hingat bila mak pakwe dia ajak gi airport..dalam hujan lebat ni runner giler2 semata2 nak memenuhi undangan ke majlis penyarungan tegkolok pakwe dia..yang penting dia happy dan aku harap dia bahagia selamanya.
Sunday, January 27, 2008
Member Yang Ke China!!
Hari jumaat lepas aku pegi hantar 2 orang member ke airport KLIA.. diorang dapat reward percutian ke china sebab prestasi kerja yang bos aku 'label' kan sebagai kelas 'A'.. Tapi aku kesian ngan member aku sorang ni sebab dia ni pergi kerna terpaksa dan pegi pulak takde member..memang mati2 tanak pegi..tapi apakan daya dah bos yang suruh pegi maka berlepas jugalah dia dengan hati yang lara..entah kenapa aku ngan member sorang lagi yang hantar ke airport tu rasa sedih pulak, bukan tak pernah hantar orang kat airport, tapi entahlah rasa lain macam sikit...siap bergambar lagi kat pintu masuk departure tu, aku doakan perjalanan mereka selamat pegi dan balik...dalam sedih2 tu aku pun adalah selitkan hitch2 barangan yang aku nak dari china..tapi semuanya buat tak tau jer, memang siot!
malam tu jugakla aku first time bawak gen2, best siot!! cam tak caya jer...tapi jangan sangkut kat tol la... 1 feb ni diorang balik, dah sah2 aku yang kena amik kan tapi tak kisah sebab aku leh bawak gen2 lagi sekali ke KLIA...........kepda bie, jiji, bro com, bro co, mr fong and yang lain2 selamat dan bergumbira disana!!!!

Tuesday, January 22, 2008
Member Yang First Amik Insurans Ngan Aku
Aku gembira sangat sebab aku dah ada client...aku dah berjaya jual medical card ngan dia, bagus la, member aku ni pun macam dah ada kesedaran insuran dalam dirinya. Tapi yang tak tahan tu, masa mula2 aku nak kenen dia ni memang nak jual medical card, tengah rancak cucuk jarum dia pula berminat ngan takaful...so aku pun terus mati kutu sebab tak bersedia pasal produk takaful walaupun aku dah ada code untuk takaful guna nama sendiri... Pastu aku pun buat lah appoiment ngan dia esoknya... Aku ajak dia datang umah, aku sharing dia pasal produk takaful sikit2, citer punyer citer sampai dah nak dekat satu dua jam aku goreng....korang tau tak apa yang terjadi??????? Dia tanya pasal medical card.....nak taknak aku jual la medical card yang memang aku nak jual semalam dan dia yang pandai2 tukar topik pasal takaful kann!!!! mujurlah masa mula2 join insurans ni aku belajar medical card ni dah tu, belajar pulak 3 minggu berturut-turut, mana tak hingat...memang hustler la.. pastu dah nak dekat abis satu citer hindustan lamanya barulah dia mintak borang medical dan alhamdulillah dia pun sain dan buat bayaran 1/2 untuk pelan 2.
tapi dalam aku menjual produk tu, aku baru tahu ada polisi baru yang lebih murah dan menguntungkan.. Aku tergelak besar ngan si semut merah tu sebab dalam kecelaruan produk tu pun aku leh jual...tapi kira oklah walaupun harga bg poli

Friday, January 11, 2008
Member Yang Dah Nak Pergi
Sedih aku mengenangkan member aku sorang ni yang dah nak meninggalkan kami.. Takde lagi gelak yang aneh, movement yang tak disangka2, homemade food n guru bahasa sarawak. Beliau akan mendaftar di institut pendidikan UM. Daftar sebagai pelajar baru KPLI..
Yang ralatnya, semua kerja dia kat ofis ni, aku kena settlekan sementara dapat orang baru.. HUHUHU... memang aku tak dapat nak escape..camne erk...Ingat lagi masa aku mula2 masuk ofis, dia la yang banyak ajar aku buat kerja, perangai orang2 kat ofis, bos camne?, n orang2 yg harus di avoid..walaupun aku masuk melalui member aku satu U. Aku rasa kalau nak cari penganti mesti susah sebab takde orang yang sanggup wat kerja ni aku pun tak harap sangat ada orang yang mengantikan posititon ni, lebih daripada seksa diri, kalau tak tahan boleh paranoid dibuatnya..nak kejar dateline nya, report, fail yang bersusun arrrrggggggg...... aku sebut pun dah tak lalu..uweekkkkkk.....
Tapi kami semua redha sebab asalkan dia bahagia, kami pun gembira..kami minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung tempat yang boleh dilihat, dan halalkan makan minum kami selama ini...moga sukses n dapat apa yang diidamkan..dunia akhirat.

Wednesday, January 9, 2008
Member Yang Prihatin
Hari ni aku terharu sebab ada member yang dapat e-mail doa akhir tahun ngan awal tahun untuk dibaca sempena Awal Muharam.. sapa lagi kalau bukan si semut merah tu.. Moga Allah memberkati beliau sehingga kehujung nyawa..Amin. Aku pun nak mengucapkan selamat Tahun Baru 1428 H, kepada seluruh umat Islam seluruh dunia agar sentiasa menjaga kebersihan agama yang menjadi tunjang ketakwaan dan keimanan yang diredhai Allah S.W.T.
Sesungguhnya aku raa sungguh bertuah sebab dapat sekali lagi menyambut Tahun Baru Islam dan berharap tahun ini memberi seribu kebahagiaan kepada semua..
Sesungguhnya aku raa sungguh bertuah sebab dapat sekali lagi menyambut Tahun Baru Islam dan berharap tahun ini memberi seribu kebahagiaan kepada semua..
Sunday, January 6, 2008
Member2 Yang Sedar Diri
Semalam aku g satu seminar budget kat kajang. Seminar ni khusus untuk orang yang nak buat insuran sebagai mata pencarian rezeki.. Seminar tu memang best sebab dia ajar kita kira perbelanjaan harian, bulanan sehingga ke tahunan. Dan banyaklah member2 aku yang sedar bahawasanya perbelanjaan diorang melebihi apa yang diaorang perolehi tiap2 bulan.. Aku pun sama, kira punya kira, pendapatan aku memang cukup2 makan jer..camna tu? nasibla aku ni cuma beli baju bundle jer, tu la belanja bulanan aku untuk kain baju sikit jer.. tapi bundle pun ada jugak jenama oscar de la renta n uniqlo..kasut pun aku pakai yang kanvas jer dari bata, takdenya susah2 nak cari manolo blahnik or dato jimmy, tak kuasa aku.
memang kesedaran diri setiap orang yang datang semalam rata2 dah meningkat dan overall seminar semalam tidak mengecewakan...tambah pula makan tengahari dia memang superb, ngan ulam2, sambal belacan, ayam rempah, sambal udang, desert yang best dan macam2 lagi.. makan pula ngan member aku yang memang best lagilah terangkat...thank kepada kak ina yang buat semua ni untuk member2 semua, tapi ada lagi yang tak sedar diri, takpela nak buat camne kan dah memang dasar beruk blurrrrr sampai bila2 la blur.............ariosssss

Friday, January 4, 2008
Member Yang Panas Kena Sound Dengan Member Mulut Busuk
Semalam walaupun hujan lebat, tapi tetap panas tak hingat gara2 mulut pompuan yang celaka tak hingat sound orang lain balik awal, hello aggrement latter menyatakan 9am-5pm, so tak salah kalau nak balik awal. Tapi yang tak tahannya, waktu tu dah pukul 6pm dah lebih dari waktu asal..alasan bangang dia "yelah kita ni bahagian lain, ko tu bahagian lain, memang la boleh balik awal". Ah menyampah tul, beb kalau ko nak balik awal pun bole la, tapi sengaja tanak sebab nak tunggu orang takde kat ofis senang la dia cucuk jarum kat bos memburukkan orang lain.. Dasar kipas susah mati. Aku pun keluar jugak sama2 ngan budak yang kena sound tu, tapi aku g minum, lepas jer aku balik ofis semula, dah takder orang...pompuan yang tak sedar diri tu pun dah blah sebab bos sendiri pun balik awal semalam..memang penantian dia tak berbaloi la.. ketawakan dia HAHAHAHAHA...bodoh, sombong.
Member Yang Di Dalam Dilema.....
Aduss...kesian member aku yang sorang ni. Berat beb masalah dia ni, macam telan mati KERACUNAN, tak telan mati KEBULURAN.. Dia terpaksa pilih antara 2.. aku nak cakap pun nanti korang konfius, sebab aku pun buntu pikirkan masalah dia ni.. Tapi aku rasa dia ni dah boleh fikir apa yang tebaik untuk diri dia tanpa melukakan hati sesiapa.. Berat jugak conversation kitaorang semalam sampai aku yang dah nak terlena ni pun segar balik pasal otak aku dah mula proses untuk cari idea bagi settle kan prob dia..
Aku ni sekadar dengar memang no hal, tapi kalau nak mintak pendapat.............boleh tu memang boleh tapi takut tak masuk dek akal, sebab aku ni jenis imaginasi yang melampaui zaman. Member aku nak terima pun kena fikir banyak kali, macam Semut merah tu kalau aku cakap blurr jer memanjang..apa2 pun aku tetap sokong member aku.

Thursday, January 3, 2008
Member yang SIhat
Korang tau tak dah lama jugak la aku tak menulis dalam ni tau sebab apa? sebab aku lupa password aku..bole tak? Baru hari ni ada member aku nak create blog dia, pastu baru aku teringat yang aku ada blog sendiri......aku ada member tau kat tempat keje aku ni, kira pangkat kakak la..
skang ni dia sedang bercuti.. Budak2 sume tanya dia kemana sebab dia ni memang susah sikit cuti, lebih2 lagi dah nak dekat 2 minggu dah tak masuk ofis..tapi sebenarnya dia ni dah dapat tawaran lain yang lebih berbaloi.. tahniah kepada beliau..kita orang memang sedih tapi untuk kebaikan dia kami rela...ah..ah..ah

Subscribe to:
Posts (Atom)