Friday, September 12, 2008

Penataran Ilmu.

Pagi tadi kami semua berkumpul di theater hall untuk sesi penataran ilmu.. Pensyarah jemputan masih setia Dr Hj Juanda Jaya, timbalan mufti negeri Sarawak. Tajuk ceramah yang di perkatakan memang cukup menarik dan aku tak tido langsung di sepanjang ceramah tu, 'amazing' kan!!!
Pastu aku ngan Ina yang dulu nak jadi artis tapi tak dapat sebab selebet tersentap ngan satu Ayat yang dikeluarkan di slaid yang berbunyi :

Kata Ja'far al-siddiq : "jauhilah teman yang derhaka kepada ibubapa kerana Allah melaknat dia, jauhilah ahli maksiat kerana ia berjangkit, jauhilah penipu kerana dia menjauhkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh.

Ertinya: Kalau ada member yang menderhaka kepada ibubapa, harap jangan kawan ngan dia, tak pun kalau boleh tolong nasihatkan dia, takdenya nak dapat bau syurga kalau perangai dah macam tu, kalau dah degil jugak ramai2 pulaukan dia abis citer. Jangan berkawan ngan member yang sentiasa berbuat maksiat kerana maksiat tu sendiri akan berjangkit ngan kita, yelah seronok kan tengok member buat maksiat, kita pun teringin jugak, tapi tulah nanti kita yang buat maksiat siapa nak jawab tu, kalau terlanjur dan termengandung makbapak korang jugak yang susah.. siapa yang malu korang ngan keluarga korang jugak...Dan kalau kita kawan ngan member yang suka sangat menipu, kita akan dekat ngan orang2 yang bermulut jahat yang sentiasa menipu dan jauh dari orang2 yang baik..yelah, dah orang yang suka menipu ni kawan dia memang ramai yang suka menipu jugak, kira ada sparing partner la tak gitu !! amacam, ada yang terasa tak, korang kalau ada ciri2 yang disebut, bawak2lah bertaubat, besar dosanya kalau diteruskan..dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha penyayang.

No comments: