Wednesday, March 19, 2008
Finally The Day Has Come
Tuesday, March 11, 2008
PERHATIAN...
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkan...
Friday, March 7, 2008
Member Yang Bersemangat Nak Mengundi.
Adalah sorang dua yang extreme dengan pilihan masing2.. tapi rata2 aku survey pro parti pembangkang memang banyak kat ofis aku ni.. Bagi pro BN adalah sorang yang siap edar kad calon kawasan lagi kat ofis ni...taknak mengalah sungguh..kebanyakkannya orang lembah klang.. Bagi ofismate dari pantai timur terutamanya kelantan mereka tetap dengan pilihan azali mereka PAS.. lebih2 lagi si Caserini tu..semangat ni,tau sebab apa? sebab nak duit. boleh tak? Tapi esok aku tak balik mengundi walaupun nama ada sebab aku ke Johor ngan Sal** untuk exhibition disana...yehaaa..... Tapi aku ni tengah tension ni, entah bila la aku ni boleh dilepaskan untuk naik ke corp comm.. Aku bukan apa takut buatnya En.Ros** makan hati ngan aku terus tanak amik tak ke naya.. Mahunya aku mengamuk dulu pastu berenti 24 jam... Makan dalam siot..
ok la beb, aku harap masa mengundi tu fikir masak dulu, jangan tersalah pangkah sudah.. nak tunggu 5 tahun lagi masak beb!!! ARioouss....
Monday, March 3, 2008
Member2 Yang Dah Lama Tak Jumpa

Sunday, March 2, 2008
Kenapa??
ASSALAMUALAIKUM....
Aku tak tahu la..skang ni aku dah macam nak tanak kerja kat tempat kerja aku lagi.. Memang dah ramai yang kena tapi aku wat bodoh jer selama ni.. Korang tau aku mula kerja kat sini 9 dis 2005, dan sekarang dah 2 tahun 2 bulan aku kerja kat sini.. Sudah masanya aku buka pekung yang selama ini aku pendam.. Setahun aku kerja kat sini sebagai part-timer, dan gaji masa tu memang sadis sebab aku dibayar ikut jam..sebulan dia akan bayar 2 kali, melalui cek yang mana aku terpaksa pergi ke bank untuk bank in sendiri..bayangkanlah dalam setahun tu aku berulang alik dari kampus ke bank tiap2 kali cek dapat cek.. Tapi diorang ni memang tak berperikemanusian sebab kadang2 cek lambat siap dan aku terpaksa mengikat perut untuk tunggu cek dan muka pun dah tebal semacam sebab selalu pinjam duit ngan orang.. Ada tu dalam 2 bulan tak dapat cek atas alasan terlupa atau yang paling banggang terlepas pandang.
Lepas dah cukup2 satu tahun aku part timer, barulah dipermenent kan..itu pun delay banyak kali..Basic rm 900, dan boleh wat O.T.. Post data entry ni pun banyak orang keluar masuk.. yang lama dari bilik datin semua dah takde tinggal aku sorang jer yang tinggal.. So adalah muka baru yang take over.. dan bulan 10 2007 aku pun confirm sebab dah lebih syarat 6 bulan "darr" aku permenent kannn!!! gaji tetap macam tu jugak.. tapi yang aku marah sanagt sekarang ni orang baru yang masuk tak sampai 1 tahun start ngan part time jugak dan sekarang dah confirm yang aku sendiri pun tak tau macam mana,,,tarik nafas2 fuhfuhfuh... gaji dia dah naik rm 1100.. cam na tu ????????????!!!!! Aku hangin satu badan cam nak sepah2 kan ofis yang crowded ngan manusia kaki ampu dan manusia jenis cium bontot nak naik ni. Yang tak tahannya tu aku dapat tahu sebab gaji aku dah la sikit plus O.T tak sampai rm1100 arghhhhh.........gerammmmm... Gaji budak tu pulak dah la banyak O.T dia boleh lebih rm250++ dari aku... bersih rm 1300++ dia dapat..Arghhh...apa dosa aku, apa dosa aku.. mana silap mak ayah aku yang selama ini membesarkan aku.. Ya Allah ko berikan ku kekuatan untuk menerima segala penghinaan yang hebat ini.. Kepada kawan2 ku aku merayu agar berdoa bersama ku agar aku dilepaskan dari siksa dunia yang maha kejam ini.. ayah dan mak, aku minta maaf diatas segala kesilapan ku, halakan makan minum ku, pakaian ku, dan duit yang ko beri untuk menghantar ku belajar agar satu hari nanti aku akan membalas jasamu..
AKU PASRAH...DALAM KEBODOHAN KU SEKIRANYA AKU YANG BERSALAH.. YA ALLAH KO TUNJUKKANLAH JALAN KEBENARAN KEPADA KU DAN ORANG2 YANG BERIMAN KEPADA MU.
AMIN...